Wanita yang sudah melahirkan anak pasti mengalami rasa sengal-sengal badan. Masalah angin dalam badan buat wanita rasa tak selesa.

Suami-suami mesti selalu perasan kan isteri selalu mengadu sakit badan, sengal-sengal pada badan? Kalau isteri anda selalu alami masalah ni, ada baiknya anda sebagai suami lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa sakitnya.

Sesekali ringankan tulang untuk urut isteri kita. Bukan hanya redakan redakan tekanannya tetapi juga boleh buang angin dan lancarkan sistem dalaman tubuh.

Suami Cuba Buatkan Jamu Manjakani Homemade Ni,  Atasi Sengal-sengal Badan Isteri, Confirm Isteri Suka!Suami Cuba Buatkan Jamu Manjakani Homemade Ni,  Atasi Sengal-sengal Badan Isteri, Confirm Isteri Suka!

Kalau lebih rajin lagi, suami boleh tolong sediakan jamu manjakani homemade ni di rumah. Senang sahaja cara nak buatnya. Gentel-gentelkan sahaja. Manjakani yang baik untuk dalaman wanita ini membantu membuang angin dan menghilangkan rasa sakit badan. Jadi jom sediakan jamu ini untuk isteri kita.

Perkongsian cara hendak membuat jamu ini dikongsikan oleh saudari Ida Shahida di facebooknya. Jom kita cuba.

Bahu yang terasa berat, belakang rasa pedih-pedih dan sengal. Badan anda mungkin banyak angin. Selain melakukan urutan, boleh juga cuba jamu manjakani ni sebagai cara alternatif bagi menghilangkan rasa sakit badan.

IKLAN

Suami Cuba Buatkan Jamu Manjakani Homemade Ni,  Atasi Sengal-sengal Badan Isteri, Confirm Isteri Suka!

BAHAN-BAHAN

5 biji manjakani
2 inci halia
1 sudu makan halba
1 sudu teh lada hitam

CARA MEMBUAT:

IKLAN

1. Tumbuk manjakani sampai halus.

2. Masukkan halba dan tumbuk lagi sampai halus.

3. Kemudian masukkan lada hitam. Tumbuk lagi.

 

IKLAN

4. Seterusnya masukkan halia dan bawang putih. Tumbuk sampai lumat dan sebati.

5. Akhir sekali, ambil secubit bahan tumbuk tadi dan gentelkan bulat. Keringkan.

6. Bila sudah kering, bolehlah makan dan amalkan setiap hari.

 

Jamu ini boleh dimakan 1 hingga 2 biji sehari.

Selamat mencuba

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI