Siapa sangka selebriti Mawar Rashid telah melahirkan anak pertamanya secara normal dengan berat sebanyak 3.4kg. Lebih kagum, kelahiran anak sulungnya dilakukan tanpa bantuan epidural dan juga laughing gas (nitrous oxide) yang biasanya digunakan untuk mengurangkan rasa sakit ketika kelahiran. Kagum!
Perkongsian ini didedahkan oleh suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, setelah hari kelima Mawar melahirkan zuriat pertamanya.
“She wasn’t on epidural or laughing gas. It was a pure 100% natural birth. Sakit dia, hanya Mawar dan Allah Swt sahaja yang tahu. I was with her all the time.
“Dia mengharungi segala kesakitan dengan tenang. Through out the surging (contraction) period, dia banyak berzikir.”
Isteri yang patuh dan taat
Dalam pada itu, suami mawar juga melahirkan rasa bertuah memilik seorang isteri seperti Mawar yang patuh dan menghormatinya sebagai suami. Dan percaya, isterinya mudah bersalin kerana kebaikkan sikapnya.
I’m so proud of you my lady. Mawar have been a wonderful wife to me. Dia sangat2 hormat dan patuh dengan Raf. She’s such a loving stepmom to @radenrayyanraf and @raysaachanelaraf too and I can’t be thankful enough for that. Last but not least, betul Syurga bawah tapak kaki suami.
But she’s also a good daughter to her mum @marinee_rashid and my mum @rsd.umi. Kebajikan Mawar pada her whole family and my family is something that i always respect and adore.
Mungkin ini agaknya salah satu sebab Allah Swt permudahkan dia bersalin secara normal.
Syukur Alhamdulillah. I love you so much anje, more than you can ever imagine. And I’ll keep loving you from now and forever till jannah, Insyaa’Allah. Aamiin.
Selamat berpantang!
Melalui muat naik terbaru di instagramnya, memaparkan anak-anak tiri Mawar begitu gembira menantikan kepulangan adik baru. Kini Mawar telah dibenarkan pulang setelah bayi pulih dari jaundis. Kepada Mawar, selamat menjalani rutin berpantang!