Tipulah kalau suami isteri tiada hari yang tak gaduh, betul tak? Sedangkan lidah pun lagi tergigit, ini kan pula suami isteri, pasti akan ada sengketanya. Kadang bukan apa, gaduh-gaduh manja gitu!

Bila bergaduh ni… Mestilah akan ada pihak yang menang, pasti ada juga yang kalah. Melainkan dua-dua surrender mengaku kalah, boleh jadi juga kan? Hmmmm.

Bagi pihak yang menang tu, dalam perhubungan jangan rasa megah sangat tau! Lebih-lebih lagi setiap kali ada pergaduhan, anda sahaja yang menang. Tak pernah pasangan menang walaupun mereka tak salah! Nak tahu kenapa? Jom ikuti nasihat dari Tok Abah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ni.. Semoga bermanfaat untuk semua!

Jika selepas kamu berperang mulut dengan pasangan, kamu menang. Kamu mungkin rasa puas. Dan rasa memang pasangan kamu serba serbi salah. Kemudian ego diri semakin menebal. Kamu rasa kamu sahaja yang benar. Kata-katanya hanyalah omong kosong dan sia-sia.

Namun hakikatnya tidak begitu. Kamu ‘kalah’ dalam menang.Kamu sedang hanyut dengan  satu sifat yang dibawa oleh syaitan iaitu sifat kesombongan. Kena hati-hati. Kerana apabila sombong telah menebal dalam diri, kamu tak nampak kebenaran.

IKLAN

Kamu sudah tidak sedar. Iya. Tidak sedar bahawa ada jiwa yang sedang derita. Ada hati yang sedang sakit. Ada insan yang sedang mengalah. Dan lebih parah lagi, anak-anak kamu melihat dan ‘merakam’ dalam kotak pemikiran mereka. Hingga boleh jadi trauma sepanjang hidup mereka.

Anak cucu dan semua sahabat Tok Abah,

Kena buang sikap sombong dalam diri. Kembalilah pada jiwa yang memerhati pada kekurangan diri. Merendah diri dan hormat pada pasangan yang sentiasa menyokongmu selama ini.

Suami Isteri Gaduh, Satu Pihak Je Asyik Menang! Jangan Suka Sangat, Ini Nasihat Dr Fadzilah Kamsah

IKLAN

Ingat juga dalam diri bahawa dia tak selamanya berdiam diri. Dia boleh mengalah hari ini. Hakikatnya dia tidak mengalah tetapi sedang mengumpul kekuatan untuk pergi.
Dan pada saat kakinya telah melangkah, itulah kemenangan sebenar yang kamu tidak akan sedar dan sudah terlambat.

Dia menang dengan caranya sendiri. Dan pada waktu itu juga, dia tak peduli, kamu nak menang atau sedang rebah atas kekalahan yang tidak lagi boleh diperjuangkan.
Masa itu kamu akan kenang semula, apalah erti “kemenangan” yang kamu dapat sebelum ini. Ia sia-sia dan tak bererti.

Masa itu kamu sudah kalah dan sendiri.

Maka, sebelum sampai ke tahap itu, ubahlah diri. Kenali diri dan perbaiki diri. Insaflah dan ambil hati pasangan semula sebelum semuanya terlambat.

IKLAN

Beruntungnya apabila kita dapat sedar dari awal.

Sumber : Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI