Dengkuran yang sangat kuat sehingga boleh mengganggu tidur pasangan. Ada juga boleh kedengaran satu rumah. Segan juga jika pulang ke kampung waktu musim perayaan. Maklumlah bilik full booking. Mungkin antara kita mengalami situasi ini.  Walaupun ia bukan penyakit, namun boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan diri jika tidak dikawal masalah ini dengan cara yang sihat. Ikuti nasihat doktor Dr Ezairy M.Sallih ini mengenai  kenapa berlakunya masalah berdengkur semasa tidur. Semoga kita membaiki cara hidupa supaya tidak mengundang bahaya.

_____________________________________________________________________

Suami saya tidur doktor, berdengkur satu rumah boleh dengar. Apa masalahnya, doc?”

Kenapa kita tidur berdengkur?

Cuba lihat perkara ini

1. Terlalu penat letih

IKLAN

“Suami Saya Tidur Berdengkur, Satu Rumah Boleh Dengar.” Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Tisu dan otot yang lemah akibat keletihan di bahagian dalam mulut dan belakang tekak akan mengakibatkan pesakit mudah mengalami berdengkur. Anda, saya dan kita semua boleh menghadapi masalah ini

2. Berat badan berlebihan

Pengumpulan lemak akibat berat badan berlebihan di sekitar salur pernafasan mengakibatkan masalah berdengkur. Turunkan berat badan ke tahap ideal!

IKLAN

3. Masalah hidung

Nasal polyp salah satu puncanya. Buat pemeriksaan doktor jika anda ada masalah pada hidung.

4. Masalah tekak

Ramai ada masalah tonsil yang besar, tapi mereka tak sedar. Selain boleh menyebabkan serangan berulang kali, pesakit turut boleh mengalami masalah berdengkur.

IKLAN

5. Lain-lain

Ini termasuk ubat tidur, meningkat usia, merokok, alkohol, saiz anak tekak dan lidah yang besar dan berbagai-bagai lagi.

Periksa doktor jika anda ada masalah ini.

Sila kongsi maklumat ini jika anda rasa ia bermanfaat.

Dr. Ezairy M.Sallih
#doktortelingahidungtekak

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI