Suami Terkejut, Nama Isteri Didaftarkan Sebagai Ahli RELA Tanpa Rela Hati, Kini Tular Di Media Sosial!

Share

Viral diperkatakan di media sosial baru-baru ini mengenai isu pendaftaran anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Hal ini  menjadi tular apabila terdapat individu yang tidak pernah sekali pun mendaftarkan diri sebagai anggota namun bila membuat semakan  disahkan sebagai ahli anggota RELA. Tentunya sesiapa pun akan berasa terkejut jika berlaku pada diri mereka.

Hal yang demikian menjadikan orang ramai membuat semakan bagi mengetahui mengenai status anggota RELA menerusi semakan kad pengenalan.

 

Sekaligus membuatkan orang ramai mempersoalkan bagaimana pihak ini mampu mendaftarkan anggota tanpa izin. Sekali gus membuatkan ramai menantikan penjelasan daripada pihak yang terlibat mengenai isu ini.

Laman Facebook RELA MALAYSIA juga turut diserbu netizen yang bertanyakan mengenai isu yang berlaku. Tidak kurang juga yang mempersoalkan isu elaun, uniform dan pencerobohan data yang berlaku serta meminta SPRM untuk menyiasat isu ini.

Sumber : @FaqimiFauzi

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN