“Suara, Gaya, ‘Copy Paste’ Baba Waktu Muda!” Gandingan Zaki Yamani & Jamal Abdillah Buat Ramai Terpegun

Share

Manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Betul tak? Apatah lagi bakat hebat seorang ayah kepada anaknya. Kalau tak semua, pasti akan ada seorang yang mewarisi bakat tersebut.

Baru-baru ini, tular rakaman duet penyanyi lama, Datuk Jamal Abdillah bersama anaknya, Zaki Yamani yang mendendangkan lagu ‘Gadis Melayu’ di sebuah majlis rumah terbuka.

Zaki mendapat perhatian warganet yang mengatakan gaya dan suaranya lebih kurang sama dengan Jamal, malah ada yang berseloroh suara anaknya lebih sedap berbanding bapanya sendiri.

Meninjau di ruangan komen di perkongsian Zaki, rata-rata memuji dan mengatakan suara anak lelaki Jamal sama seperti ayahnya. Malah, ada juga yang mengatakan bakal boleh melawan suara ayahnya.

Sumber : Instagram Zaki Yamani

IKLAN