Dalam hidup ini boleh kita katakan antara perkara yang dapat menjanjikan satu perasaan kelegaan dalam diri adalah apabila telah bebas daripada komitmen bayaran ansuran untuk kereta mahu pun rumah.
Apa tidaknya sama ada bayaran ansuran kereta mahu pun rumah, kedua-duanya melibatkan peruntukan wang yang besar hingga ribuan ringgit dalam sebulan.
Malah bebanan membayar jumlah yang besar itu telah ditanggung bertahun-tahun lamanya. Andai suatu hari sudah tidak perlu lagi membayarnya, alangkah seronoknya.
Pun begitu, dalam anda rasa gembira bayaran ansuran rumah telah habis dibayar pada pihak bank, jangan ingat rumah itu terus jadi milik anda!
Ini sebagaimana apa yang dijelaskan oleh Peguam Faridah Begum Abdul Rahman, bolehlah dijadikan rujukan untuk semua. Maklumlah bukan semua antara kita ada pengalaman sedemikian.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
Ads
1) Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2) Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3)Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4)Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5) Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
Ads
6) Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7) Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.
Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak anda alami masalah pakaian yang dicuci berbau walaupun diletak softner di dalam mesin basuh.
Rupa-rupanya ini disebabkan oleh ‘tahi. Jangan terkejut bukan najis tetapi kotoran hitam yang melekat pada mesin basuh yang tidak pernah dicuci selama ini.
Jika perhatikan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci. Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Kalau ini berlaku, ibu-ibu boleh cuba tip menerusi video tutorial daripada Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDTbagaimana mahu membuka dan mencuci kotoran yang ada melekat pada mesin basuh masing-masing.
Melalui video dikongsikan ini, bagaimana lelaki ini bercerita cara untuk menghilangkan bau busuk pada pakaian.
Setiap anak perempuan mempunyai gambaran “Prince Charming” tetapi gambaran itu akan dicorak oleh bapa mereka sendiri. Sebab itulah ramai wanita idamkan suami yang mempunyai ciri-ciri seperti bapa tercinta. Begitu juga dengan Nur Fahima yang tetap piawaian suami seperti bapanya.
Nur Fahima pernah memuat naik sebuah video di akaun TikToknya yang berjayah mencecah sebanyak 1.5 juta tontonan mengenai piawaian yang ditetap oleh bapanya sempena hari bapa. Konten video tersebut merangkumi ciri-ciri yang dimiliki bapanya atau “Abi” seperti pandai memilih ikan, membelanja makan di Starbucks, membantu Fariha ‘parking’ walaupun pada cuaca yang panas dan lain-lain.
“Abi seorang yang sangat penyayang. Sikap abi yang paling istimewa bagi saya adalah dia seorang penyabar dan tak pernah meninggikan suara pada anak-anak dan isteri. Tegas tapi ada kelembutan. Dia pun orangnya sangat rajin. Terlalu ‘Korean material husband’. Sebagai contoh Abi selalu pastikan anaknya makan ikan segar. Katanya protein fresh nanti otak jadi bijak…. lagipun Abi memang pandai bab pilih ikan segar. Abi pergi beli, dia jugalah yang siang dan masak” kata TikToker itu.
“Bukan tu saja, Abi meletakkan kedudukan isteri lebih tinggi dalam banyak hal. Contohnya ibu saya seorang guru, jadi masa saya kecil Abi akan ambil tugas memasak untuk anak-anak kalau Umi masih di sekolah. Basuh dan jemur kain pun dia yang buat. Memang ‘husband material’ sangat.” ujar Fahima.
“Abi pun pesan pada saya kalau nak pilih pasangan letaklah agama paling hadapan sekali. Yang penting lelaki itu ahli al-Quran dan dah hafaz 30 juzuk. Dia juga pesan jangan lupa tengok lelaki tu penyabar atau tak sebab agama saja tak cukup. Pilihlah lelaki yang rajin dan bertanggungjawab dari segala sudut termasuklah rumah, anak dan kewangan. Dia minta saya pastikan lelaki itu sayangkan keluarga macam kami terutama mak ayah” jelas Fahima.
Ramai warganet cukup cemburu akan ciri-ciri bapa Fahima yang bermutu tinggi itu. Ada juga komen yang menyamakan bapanya dengan filem ‘Papadom’ lakonan Afdlin Shauki yang cukup menyentuh hati.
Semoga artikel ini memberi inspirasi dan manfaat kepada anda semua. Sayangilah ibu bapa dan anak-anak anda sementara mereka masih ada di muka bumi ini.
Seorang pengusaha ladang timun di Ulu Cheka, Jerantut Pahang yang dikenali sebagai Yusof Lang Buana menawarkan hasil tanaman timun dari ladangnya secara percuma kepada orang ramai.
Diharapkan cara ini dapat dimanfaatkan oleh keluarga yang tinggal berhampiran untuk mengambil sedikit sebanyak lambakan timun yang ada. Sayang jika tidak diambil, timun akan terbuang begitu sahaja.
Ini sebagaimana yang dilaporkan di Sinar Harian bertarikh 22 April. Menurut berita tersebut, Yusof Lang Buana, 60, menawarkan timun secara percuma berikutan lambakan hasil tanaman itu akibat tidak dapat menjualnya kepada pemborong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sehingga kini lebih satu tan lambakan timun di ladang yang seluas kira-kira 0.8 hektar.
“Memandangkan saya pun tidak dapat menjual timun kepada pemborong selain beberapa masalah seperti kos dan kekangan pergerakan, jadi saya fikir daripada membazir lebih baik saya bagi sahaja kepada orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, orang ramai boleh memetik sendiri buah tersebut di ladangnya atau mengambil timun yang diletakkan di kedai- kedai runcit di kampung itu.
“Timun di ladang itu boleh bertahan kira-kira seminggu lagi sebelum ia terlalu masak dan tidak sesuai dimakan.
“Tiada had, ambil dan petik di ladang saya hingga habis selagi ada boleh ambil. Buat masa ini saya memang telah hentikan segala pengeluaran dan memetik buah itu.
“Walaupun rugi tetapi saya akur dengan musim koronavirus (Covid-19) bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi banyak negara hadapi situasi sama,” katanya yang mula mengusahakan tanaman itu pada Februari lalu.
Katanya, dia hanya sempat menjual sehingga dua tan hasil tanaman itu kepada pemborong dan peraih sebelum perintah PKP dikuatkuasakan.