Seronok dan puas hati rasanya bila dapat menghias kediaman agar nampak cantik dan selesa untuk didiami bersama seisi keluarga.
Kalau boleh di bahagian dinding tidak akan dibiarkan kosong, ada sahaja ingin digantung.
Dan untuk menggantung, Sitiawa berkongsi cara bagaimana dia gunakan semasa gantung hiasan tanpa menggunakan paku. Jom semak dan bolehlah dicuba pula.
Tip Gantikan Paku Dinding Dengan Nano Double-Sided Tape
Akhirnya misi dekorasi bilik bujang adik bongsu telah berjaya disempurnakan.
Penangguhan sejak tahun lepas adalah disebabkan oleh pencarian idea untuk mengelakkan penggunaan paku di dinding.
Korang boleh nampak kesan lama lubang akibat penggunaan paku pelbagai saiz. Sakit mata dibuatnya.
Cik Awa sarankan penggunaan ‘Multifunctional Strongly Sticky Double-Sided Adhesive Nano Tape’ sebagai ganti penggunaan paku. Korang boleh lekat nano tape ini di setiap sudut bingkai, cermin, remote control, peralatan bilik air dan barang dekorasi.
Ads
Sangat sesuai digunakan di dalam rumah sewa yang mana tuan tanah tidak membenarkan sebarang tebukkan di dinding rumah mereka. Mesti selama ini korang tahan hati nak berdekorasi di dinding rumah kan?
Kekuatan nano tape ini bergantung kepada jenis dinding. Paling berkesan di jubin, marmar dan sewaktu dengannya.
Dinding yang gunakan cat kapur dan permukaan yang tidak rata memang tak sesuai guna nano tape ini.
Cik Awa guna tape bersaiz 3 sentimeter lebar dan 3 meter panjang. Harga cuma RM9.11 segulung.
Ads
Kelebihan menggunakan nano tape ini adalah:-
1. Kekuatan gam yang melekat kuat.
2. Warnanya lut sinar.
3. Sangat mudah dibuka semula tanpa menanggalkan cat dinding (bergantung jenis dinding).
Cukup puas hati.
Ads
Barang dekorasi dan perabot kebanyakannya dibeli dari Eco Shop, Mr. D.I.Y, Kaison, Romantika, KK Home Deco, Starbucks dan Ikea.
Tular di media sosial kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ apabila mencuri perhatian ramai kerana sikapnya yang konsisten membantu orang lain tanpa berkira, walaupun sekadar membaiki motosikal di tepi jalan.
Siapa sangka, pertolongan yang dilakukan Mohd Yusof Mohd Noor tanpa meminta sebarang balasan akhirnya dibalas dengan rezeki tidak disangka-sangka apabila menerima tajaan dua tiket penerbangan umrah daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan.
Peluang itu cukup bermakna buat Mohd Yusof kerana membuka ruang untuk merealisasikan hasrat lamanya membawa ibu ke Tanah Suci.
“Alhamdulillah, semua ini rezeki daripada Allah. Terima kasih kepada Dr Zulkifli dan TV Al-Hijrah atas peluang ini.
“Sejak tahun lepas lagi saya memang berniat nak bawa mak ke umrah,” ujarnya.
Mohd Yusof berkata demikian ketika ditemui SinarPlus di majlis Sidang Media Aidiladha TV AlHijrah yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Mohd Yusof turut berkongsi luahan menerusi hantaran di Facebook miliknya.
“Hari ini aku dijemput dari TV AlHijrah, disebabkan mak aku memang suka tengok TV AlHijrah, aku datang.
“Aku pun sampai duduk makan, datang bos besar TV AlHijrah sebelah aku, dia cakap dengan aku – Usop awak pernah pergi umrah ke haji ke, saya tak pernah lagi tuan.
“Dah nak habis makan, sekali nama aku dipanggil untuk naik atas pentas, rupanya Menteri Agama & bos besar TV AlHijrah bagi tiket untuk pergi umrah.
“Allahuakbar Alhamdulillah rezeki, aku terus Whatsapp mak bagi tahu dia – Mak… Usop nak mak pergi umrah, Alhamdulillah sebelum ini ada niat untuk mak, Alhamdulillah ini rezeki mak,” tulisnya.
Walaupun kini menjadi perhatian ramai, Mohd Yusof menegaskan segala yang dilakukan selama ini bukan untuk mencari balasan.
Selama tujuh tahun menggerakkan inisiatif ‘Minyak Hitam Jalanan’, dia hanya menjalankan amanah daripada infak orang ramai untuk membantu mereka yang memerlukan.
“Saya buat semua ini kerana Allah. Saya tak minta apa-apa balasan. Ini tanggungjawab saya untuk salurkan bantuan,” ujarnya.
Pada masa sama, Mohd Yusof mengakui sentiasa berhati-hati dalam menguruskan sumbangan yang diterima, malah tidak berani mengambil dalam jumlah yang banyak kerana bimbang tersalah guna.
“Saya juga tak berani ambil duit infak banyak-banyak sebab takut tersalah guna atau gelap mata.
“Apa yang saya buat ini sekadar membantu setakat mana yang mampu sahaja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia cukup berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan serta mendoakan usahanya.
Baginya, masih ramai lagi individu lain yang melakukan kebaikan, cuma tidak ditonjolkan.
“Kadang-kadang benda nampak kecil, tapi besar maknanya,” katanya.
Sokongan daripada isteri juga menjadi antara kekuatan utama dalam meneruskan usaha tersebut.
Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, tajaan berkenaan diberikan selepas mengetahui Mohd Yusof belum pernah menunaikan umrah sebelum ini.
“Saya tanya, pernah pergi haji atau umrah? Jawapannya belum.
“Jadi kita hadiahkan dua tiket penerbangan umrah. Siapa yang ingin dibawa, terpulang kepadanya,” katanya.
Sebelum ini, Mohd Yusof tular apabila membantu seorang pemuda Cina dikenali sebagai Dicky yang mengalami kerosakan motosikal di tepi jalan sekitar tengah malam.
Walaupun kos pembaikan mencecah RM145, pemuda itu hanya mempunyai wang yang cukup untuk kegunaan sendiri.
Tersentuh dengan keadaan tersebut, Mohd Yusof mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang bayaran dan menggunakan wang infak bagi menampung kos berkenaan.
Kisah ini memberi makna besar tentang keikhlasan dalam membantu orang lain. Biarpun bantuan yang diberi nampak kecil pada pandangan mata, namun besar nilainya buat mereka yang sedang memerlukan.
Lebih indah, kisah Mohd Yusof menjadi peringatan bahawa rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk wang. Ada masanya, rezeki hadir dalam bentuk doa, penghargaan dan peluang untuk menunaikan impian yang sudah lama disimpan dalam hati.
Berasa lapar ini kadang kalanya tidak mengira waktu. Malah bukan perkara pelik, tiap kali anak-anak balik daripada sekolah, ayat pertama mereka rengekkan, “Mama, laparlah…nak makan apa ye?”.
Jadi apa kata kali ini kita sediakan menu yang cukup ringkas tapi nampak hebat menunya. Lain tidak bukan kita sediakan menu Lasagna yang dimasak menggunakan roti gardenia. Menarik bukan?
Jadi secara tidak langsung, habis juga roti yang dibeli beberapa hari lepas yang masih belum luak dimakan. Oleh itu, usah tunggu lagi, jom kita sediakan menu special ini untuk anak kita yang sedang berasa lapar tu. Pasti mereka nangti akan makan sampai licin dan hingga kekenyangan.
Bahan-bahan :
Bawang putih, bawang merah, daging kisar, cendawan butang, sos tomato, mix herb (tak ada pon tak apa) minyak olive oil (guna minyak masak biasa pon boleh)
Cara penyediaan :
2. Telur sebiji, campur dengan susu cair, saya tak ada susu cair, saya guna susu tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
3. Rendam roti dalam campuran tadi.
4. Letak dalam bekas macam ni senang, beli dekat Mr Diy..
5. Letak inti lasagnea yang dimasak tadi atas roti.
6. Saya pakai cheese ni.. Saya potong sendiri nipis mana saya nak.. Kalau ada cheese kepingan tu lagi senang pakai yang tu..
7. Susun cheese tadi atas inti macam ni.. Ikut banyak mana kita suka..
8. Letak balik roti yang dicelup dalam campuran telur dan susu tadi, saya potong sikit tepi dia supaya muat dan cantik.
9. Last sekali tabur mozarella cheese atas dia.. Ikut suka nak tabur banyak mana..
10. Bakar ni ikut oven anda masing-masing. Saya bakar tadi dalam 25 minit suhu 180. Tapi tengok la jugak jangan sampai rentung.. Agak-agak atas dia dah cair dan coklat-coklat ok la tu..
Pokok herba memang banyak manfaatnya dan telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita. Umpamanya seperti pokok hempedu bumi. Rasanya amat kelat dan dikatakan bagus untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Manakala perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi ada menyebut Hempedu Bumi juga boleh merawat masalah penyakit kulit.
Nak tahu lanjut caranya, ikuti perkongsian penuh daripadanya.
HEMPEDU BUMI dengan Minyak Kelapa Dara untuk Masalah Kulit
Hempedu Bumi telah digunakan bertahun-tahun terutama sebagai antiradang, antibakteria, antikulat, antidiabetis dan antidarah tinggi.
Untuk masalah kulit, caranya adalah dengan merendamkan 2 atau 3 helai daun hempedu bumi dengan 3 sudu minyak kelapa dara, panaskan sedikit dan sapukan di atas kulit.
Ini kerana Hempedu Bumi kaya bahan andrographolide, bahan ini merupakan bahan antibakteria dan antikulat yang kuat.
Untuk masalah kulit, penggunaan minyak lebih sesuai berbanding air kerana ia menyebabkan bahan ini terekstrak keluar dengan banyak
Walaubagaimanapun jangan guna daun berlebihan kerana mungkin boleh sebabkan demam terutama di kalangan kanak-kanak
Minyak kelapa dara juga bersifat antibakteria (kaya asid laurik) dan bagus untuk penyakit kulit
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda
Sumber : Dr Suri Roowi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di