“Suka Tengok Semangat Puteri Sarah.” Bawa Anak Pergi Bercuti, Bikin Netizen Kagum

Share

Hidup hari ini penuh dengan masalah dan kesusahan. Namun, ketabahan diri membuatkan bahagia itu ada dalam diri kita.

Bahkan, anak-anak juga menjadi kekuatan diri untuk menjalani cabaran dalam kehidupan.

Begitu juga yang dialami oleh pelakon cantik, pelakon Puteri Sarah Liyana tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

Lebih manis, apabila membawa anak-anak kesayangannya pergi bercuti ke luar negara sempena cuti sekolah.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

“Sampai jugak disneyland nak bawak Syaikhul & Sumayyah. Duit boleh dicari.
Kebahagiaan anak-anak tak ternilai.”

 

 

 

  Biarpun kontroversi rumah tangga kembali panas sejak akhir ini, ia bukan penghalang untuk dia memberi kegembiraan buat Syaikhul Islam dan Sumayyah dengan bercuti ke Tokyo, Jepun

Menerusi perkongsia terbaru di Instagram miliknya, riak wajah ceria anak beranak ini membuatkan para peminatnya meluahkan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Puteri Sarah.

 

KAGUM SEMANGAT PUTERI SARAH

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya kagum dengan caranya untuk membahagiakan diri dan anak-anaknya.

Bagaikan tiada masalah yang melanda, Puteri Sarah bercuti dengan anak-anak dalam suasana gembira.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

IKLAN