“Suri Rumah Atau Bekerjaya, Keduanya Karier Mencabar.” Ustazah Asma’ Harun Pesan Jangan Bandingkan!

Share

Cabaran sebagai wanita berkerjaya dan dalam masa yang sama mengurus rumahtangga, bukanlah mudah. Seawal pagi bergegas ke tempat kerja dan setibanya di rumah pada waktu petang, mengurus rumah tangga pula. Sungguh berat tanggungjawab yang dipikul.

Begitu juga pada wanita yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Seawal pagi mengurus keluarga sebelum suami dan anak-anak ke sekolah. Kemudian sepanjang masa asa sahaja kerja-kerja rumah dilakukan. Tidak pernah habis tugas yang dilakukan.

Ini jelas menunjukkan kedua-duanya sama ada menjadi suri rumah atau berkerjaya diakui punya cabarannya yang tersendiri.

Malah menurut Ustazah Asma’ Harun, suri rumah atau wanita bekerjaya keduanya bekerja.

Usah buat perbandingan mana lagi penat dan stress. Mana lagi susah dan mencabar. Keduanya adalah Ujian.

Bukan semua wanita mampu jadi suri rumah sepenuh masa, ia karier yang mencabar keikhlasan, tiada gaji dan kadang rasa rendah diri, kerana itu pahalanya sangat BESAR.

Begitu juga bukan semua wanita mampu bekerja mencari rezeki dengan cara barakah, banyak mengundang fitnah, susah nak jaga niat, pergaulan, maruah dan aurat. Ramai yang kalah dengan ujian pujian dan kejian hingga sanggup berubah demi diterima orang. Pahalanya juga besar, kerana mencari rezeki adalah satu JIHAD.

Allahu Akbar, semuanya ujian. Tiba kematian baru sedar semua tu tiada beza, kecuali mereka yang jadikan kerjaya suri rumah atau bekerja di luar rumah itu sebagai IBADAH.

Sumber : ASMA’ BINTI HARUN

Dapatkan vacuum cleaner untuk memudahkan tugas membersihkan rumah dengan tawaran menarik. Klik di sini.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN