“Suruh Senyum Sampai Senget Kepala…”-Posing Comel Nak Tangkap Gambar Passport, Curi Tumpuan!

Share

Tidak dinafikan telatah anak-anak memang menghiburkan hati kita, ada sahaja perangai mereka yang mencuit hati dan kadang-kadang berlaku tidak kira lokasi dan masa. Malah sering juga ragam mereka itu susah juga untuk kita fahami.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Umpamanya bila kita lihat aksi anak-anak di hadapan kamera, macam-masa gaya ditunjukkan dan diakui memang comel lagaknya. Namun bila diminta untuk mengikut gaya yang kita mahukan, kadang-kadang silap gaya boleh pula mereka merajuk, masam muka malah menangis di hadapan kamera sekelip mata sahaja.

Seperti ragam kanak- kanak perempuan ini yang berubah moodnya apabila hendak diambil gambar passport miliknya ini.

Pada awalnya sangat memberi kerjasama yang baik dan teruja untuk bergambar dengan memberikan pose gaya comel di hadapan kamera hingga senget-senget kepalanya.

Namun gaya sebegitu tidak boleh digunakan dan memerlukan untuk anak kecil ini lebih fokus  bagi mendapatkan gambar yang menepati standard passport.

Sungguh ia menjadi cabaran bukan sahaja kepada pegawai yang dilihat terpaksa mengeluarkan toys untuk menarik minat kanak-kanak tersebut untuk bergambar.

Malah apa yang mencuri tumpuan warganet apabila melihat video yang dikongsikan @ameeraazmannn di aplikasi TikTok ini  adalah ‘kecomelan’ anak perempuannya itu bergambar meskipun  bukan mudah untuk dapatkan kerjasama. Bermula dari aksi wajah cute dan tersenyum manis namun akhirnya berwajah masam pula yang terakam di dalam passport kanak-kanak tersebut.

@ameeraazmannn Struggle betul eh buat passport budak 🤣 #fyp ♬ DJ abang jarang pulang speed up – aurora – aur🌙

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang memuji wajah anak perempuan itu yang sangat comel.

“Adik ini gambar pasport bukan gambar suka² 😂 tapi apa² pun tetap comel 🥰,” tulis salah seorang warganet.

“Anak saya umur 2 tahun struggle jugak last² gambar mulut ternganga.. 😅😅,” kongsi yang lain pula mengenai pengalaman mereka.

“Adik comel.. Nasib abg immigration baik hati,” tulis yang lain pula di ruangan komen.

 

ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!

Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

 

IKLAN