“Susah Sangat Kita Jelah Kahwin, Bawa Pantun Je.” Dari Gurauan, Akhirnya Pasangan Ini Ke Jenjang Pelamin!

Share

Jodoh itu rahsia Allah, tak siapa menduga bagaimana ia hadir dalam hidup kita kerana segala-galanya ditentukan oleh Dia Yang Maha Esa.

Seperti mana  perkongsian oleh seorang gadis yang tular di Twitter dan mendapat perhatian ribuan warganet.

Siapa sangka hanya dengan sekadar gurauan ajakan untuk berkahwin oleh suami di ruangan Direct Message (DM) di Instagram, mereka akhirnya mengikat tali pernikahan pada 10/10/2020, baru-baru ini.

Menurut wanita yang membahasakan dirinya Dinie, dia dan suami mengenali satu sama lain sejak belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) tetapi tidak pernah bertegur sapa. Sehabisnya pengajian, suaminya mula memberanikan diri untuk menghantar DM di Instagram sebelum mengajaknya untuk berkahwin.

Rata-rata warganet yang membaca kisah pasangan ini tidak menyangkan perjalanan jodoh pasangan ini semudah ABC.

Begitu pun, Dinie mengakui permulaannya memang mudah tetapi mereka juga seperti pasangan lain yang menghadapi onak dan duri sepanjang perhubungan.

 

IKLAN