“Susahnya Nak Dapat Awak Anak.” Elizad Mulakan Proses Ivf, Mohon Doa Semua!

Share

Bila dah memasuki gerbang perkahwinan, semestinya pasangan suami isteri mengimpikan untuk memperoleh cahaya mata.

Rezeki orang lain-lain, ada yang baru kahwin, terus bunting pelamin dapat rezeki zuriat awal. Ada juga yang sudah lama berumah tangga tapi belum mempunyai rezeki untuk peroleh zuriat sendiri. Malah ada juga yang berusaha lebih dengan mengambil beberapa inisiatif seperti rawatan untuk ke arah itu.

Selepas beberapa kali menangguh hasrat, pelakon Siti Elizad akhirnya meneruskan rawatan kesuburan invitro (IVF).

Siti Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin telah berkongsi di Instagram miliknya foto dan video sepanjang proses rawatan.

” Hari pertama suntikan untuk IVF. Hari ini periksa darah. Sambil itu doktor dan jururawat ajar suami cara nak memberi suntikan dekat bahagian perut.

” Jadi hari ini, hari pertama kami. Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri. Doakan kami ya. InsyaAllah jumpa doktor lagi dua minggu,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, Elizad sempat membuat pesanan supaya anaknya nanti menyedari betapa sukarnya untuk melalui proses itu.

” Susahnya nak dapat awak ni anak. Harap-harap awak tengoklah video & gambar2 macam mana struggle nya nak dapatkan awak. Ya Allah perkenankan lah doa ku yg satu ni , juga buat mereka yg ttc seperti saya,” kongsinya.

Tambah Elizad, dia tidak dapat menjawab persoalan mengenai harga untuk melakukan rawatan tersebut berikutan permasalahan yang dihadapi setiap pasangan berbeza-beza.

Elizad mendirikan rumahtangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Sumber : Instagram Siti Elizad

IKLAN