Sweetnya Ibu Bapa Pengantin Ni, Ganti Tempat Anak Naik Pelamin. Ni Kisahnya!

Share

Rasa seperti tak lengkap sebuah majlis perkahwinan itu kalau pengantin tak bersanding. Siapa yang tak mahu majlis perkahwinan berjalan dengan sempurna, kan? Namun, lain kisahnya yang terjadi di dalam keluarga ini bila mana ibu ayah pengantin perempuan pula naik pelamin dek kerana menggantikan menantunya yang tidak sihat.

Hal ini telah dikongsikan oleh Fatheen Afiqah dan ini kisahnya.

“Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan pada petang 31 Ogos lalu. Tapi suami mengadu perut tidak selesa sewaktu kami menjalankan rehearsal

pada malam tersebut. Pada awalnya pihak klinik mengesyaki dia menghidapi apendiks. Tapi hasil siasatan lanjut di hospital pula mendapati Amirudin hidap masalah batu karang. Doktor pun menasihati kami agar segera membuangnya.

“Walaupun kami ada memohon agar dilewatkan sedikit rawatan itu kerana mahu bersanding, tapi suami seperti tak dapat menanggung lagi perit yang dialaminya. Sejak malam itu dia ditahan di Hospital Putrajaya, dan hari ini barulah dia menjalani operation membuang batu karang di Hospital Selayang.”

Fatheen juga menjelaskan bahawa majlis resepsi tetap dilangsungkan kerana segala persiapan telah dibuat dan tidak mahu mengecewakan tetamu yang telah dijemput.

“Walaupun kami tiada, tapi majlis pada 1 September itu tetap dilangsungkan kerana sudah lengkap dan tidak mahu kecewakan tetamu yang telah dijemput.”

Kononnya bergurau, tak sangka gurauan menjadi kenyataan

“Sebelum nikah, saya ada usik mama (Puan Zainah) untuk bersanding sebab busana persalinan dia memang vogue. Tak sangka rupanya ayat tu terkena pada diri sendiri. Nasib baik ibu bapa pandai cover ketiadaan kami dan saya gembira tengok reaksi mereka menerusi gambar kiriman rakan-rakan yang hadir ke sana. Rasa bersyukur sangat sebab dikurniakan ahli keluarga yang cukup supportive dan memahami situasi tak terjangka ini. Kami suami isteri turut berterima kasih kepada semua yang memberikan komen positif dan doa agar disembuhkan masalah kesihatan yang melanda Amirudin sekarang ini. Semoga hidup kalian diberkati oleh-Nya juga.”

Semoga Amirudin diberikan kesembuhan yang berpanjangan serta diharapkan pasangan mempelai ini kekal bahagia sehingga ke Jannah, Aamiin.

IKLAN