Kehidupannya begitu inspirasi sebelum dan selepas bergelar penyanyi. Pastinya ramai yang mengenali Dato Seri Siti Nurhaliza yang merupakan idola ramai. Kejayaan yang diperolehinya sejak awal pembabitan sehingga kini, mencerminkan dirinya mempunyai aura tersendiri yang begitu unik.
Biarpun sudah lama dalam persada seni, namanya kekal utuh bermain dibibir peminat termasuk generasi muda. Malah, ada yang menjadikan kisah hidupnya sebagai inspirasi untuk berjaya.
Terbaru, gara-gara muatnaik video oleh pengguna Twitter, PU ℕ???? ℙ???? yang melahirkan rasa kekaguman permulaan kejayaan Dato Seri Siti Nurhaliza, telah menarik perhatian anak tirinya, Aazief Khalid.
History of Dato’ Siti Nurhaliza
Yg mana nak jadi ARTIS tu korang tengok lah video ni. Tengok mcm mana permulaan dia bawa diri sebagai seorang ARTIS.
Dan siapa sangka, penyanyi tersohor itu menjadi ahli keluarganya. Lebih istimewa, kini ada seorang lagi gelaran ‘Siti’ , Siti Aafiyah anak pertama Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid yang merupakan permata buat keluarga mereka.
Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik usia anak pelakon Raja Ilya, Talita Love dah pun masuk 9 bulan.
Menerusi perkongsiannya terhadap perkembangan Talita di laman Instagram, anaknya itu kini sudah mampu memahami 3 bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil ketika disuruh Raja Ilya untuk bawa kain ke ruang tamu.
“Test language Power @talitalovegarrett yang 9 bulan ni. Speaking in 3 different languages and I’m shocked she react to. Nak Bapa dia buat free breakfast kene laa buat kerja rumah,” tulisnya.
Seakan-akan faham dengan arahan ibunya, Talita kelihatan terus bergerak ke ruang tamu bersama kain yang diletakkan di atas walker bayi itu.
Sementara itu, Raja Ilya turut meluahkan rasa sebaknya apabila seakan tidak percaya yang dia sudah mempunyai anak sendiri dikala menjelang syawal kali ini.
“Macam tak percaya Raya ni ada darah daging sendiri (happy tears) tak tahu nak cakap macam mana, lain macam feeling minggu ni bila nak dekat dekat raya ni,” luahnya.
Meninjau pula ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi perasaan yang sama seperti Raja Ilya ketika melihat perkembangan anak-anak.
Untuk rekod, pelakon berdarah kacukan ini telah sah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Trent Garret pada Disember 2018 di Perth Australia dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Talita Love.
Sumber: Instagram Raja Ilya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hampir 70% anak yang berumur bawa lima tahun mengalami masalah untuk tidur awal. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kesukaran anak ini untuk masuk tidur lebih awal.
Isu tidur ini sangat perlu ditangani oleh ibubapa kerana kekurangan tidur di kalangan anak akan menyebakan ibubapa dan juga anak menjadi letih. Keletihan akibat kekurangan tidur ini boleh membawa kepada tingkah laku berlainan seperti meragam, hiperaktif, masalah tumbesaran dan juga masalah pembelajaran.
Selain dari itu terdapat segelintir anak yang baru memulakan alam persekolah taska atau tadika mengalamai masalah untuk tidur lebih awal. Anak yang tidur lewat biasanya akan mengalami kesukaran untuk bangun awal untuk pergi ke sekolah. Berikut adalah beberapa tips oleh Konsultan Pendidikan Awal Kanak-kanak Dr Mahani Razali yang boleh diambil oleh ibubapa bagi memudahkan anak untuk tidur awal dan bangun awal.
1.Jadual tidur dan bangun
Sediakan jadual tidur dan bangun pada anak. Beritahu dan berbincang dengan anak tentang jadual tersebut. Tampal jadual tersebut dalam bilik tidur anak. Jangan lupa sentiasa ingatkan anak tentang jadual tersebut. Jadikan waktu tidur dan waktu bangun sebagai rutin harian anak.
Sentiasa konsisten dengan masa tidur dan bangun anak. Sentiasa konsisten dengan jadual masa tidur dan masa bangun anak. Jam biologi (biological clock) mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas tingkah laku tidur dan bangun seseorang kanak-kanak. Bila kita menetapkan jadual tidur dan bangun anak, bermakna kita juga memprogram tubuh badan anak untuk tidur dan bangun pada waktu yang ditetapkan. Keadaan ini sangat membantu memudahkan urusan tidur dan bangun anak anda.
3.Tidur sebentar
Galakan anak untuk tidur walaupun hanya sebentar pada waktu siang atau dikenali sebagai “daily naps”. Daily naps ini sangat penting kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak perlu berehat sebentar bagi memulihkan tenaga yang banyak hilang kerana aktif melakukan pelbagai aktiviti. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang “naps” akan lebih bertingkahlaku agresif dan juga kerap terjaga pada waktu malam. Kanak-kanak yang mendapat “ nap” yang cukup akan tidur dengan lebih baik pada waktu malam!
4.Programkan jam biologi anak.
Jam biologi adalah atau juga dikenali sebagai jam kerja tubuh manusia adalah waktu di mana tubuh manusia berfungsi atas sesuatu aktiviti. Jika di programkan dengan betul anak akan merasa penat bila tiba masa untuk tidur. Suasana bilik yang gelap pula akan turut membantu pengeluaran hormon tidur. Jadi ibubapa boleh menggelapkan dengan memadamkan lampu 30 minit lebih awal sebelum waktu tidur anak.
Sediakan jadual makan yang lebih awal sekiranya kita mahu anak masuk tidur lebih awal. Adalah sangat perlu ibubapa menghadkan waktu bermain komputer dan juga waktu menonton televisyen pada anak-anak terutamanya pada waktu malam.
6.Pastikan juga kanak-kanak mendapat nutrisi yang baik dan sihat. Nutrisi juga sangat mempengaruhi tahap tenaga dan tidur kanak-kanak. Pastikan anak tidak mengambil makanan yang mengandungi kadar protin dan gula yang tinggi sebelum waktu tidur kerana kadar protin dan gula yang tinggi akan menyebakan kanak-kanak menjadi lebih peka dan susah untuk tidur. Malah, pengambilan makanan yang mengandungi kadar karbohidrat sebelum tidur boleh membantu anak tidur dengan lebih nyenyak.
Cipta suasana bilik tidur yang selesa untuk anak anda. Pastikan bantal, tilam dan juga dan selimut sesuai untuk anak. Dalam pada itu, persekitaran dalam bilik yang kemas, bersih dengan suhu bilik iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk akan memberikan keselesaan kepada anak. Pastikan anak memakai pakaian tidur yang sesuai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Enam tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon kacak Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin atau nama sebenarnya , Nurinafilah Waharudin tidak pernah berhenti berdoa yang suatu hari nanti bakal menyusul tangisan bayi dalam kehidupan mereka berdua.
Akui Izzue atau pemilik nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, mereka suami isteri tak pernah tertekan apabila sering diajukan soalan mengenai anak.
“Memang lumrah, setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata. Kata orang anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri. Begitu juga dengan kami berdua. Tapi soal nak dapatkan anak, itu semua kita hanya boleh rancang yang menentukan adalah Tuhan. Memang saya akui kesibukan antara punca kami sukar untuk mendapatkan anak.
“Walaupun sebelum ini saya ada katakan tahun 2019 kami cuba untuk merancang dapat anak. Tetapi sehingga kini, saya belum ada masa lagi untuk berjumpa doktor bagi membuat pemeriksaan dan lihat apa masalah kami.
“Tapi saya bersyukur Tuhan tak bagi rezeki anak buat masa sekarang tapi dia bagi saya rezeki kerja. Kalau saya tolak, ibarat saya tolak rezeki. Jadi saya ambik positif dan kerja macam biasa. Kalau ada rezeki datang saya terima seadanya dan bersyukur dengan rezeki yang ada.
Dalam masa yang sama, akui Izzue dan dan Awin tidak berputus ada untuk terus berusaha. Dalam reda menerima ketentuan Tuhan dan percaya soal rezeki dari Allah, kedua-duanya yakin rezeki untuk menimang cahaya mata pasti akan tiba jua.
“Cuma kekangan masa yang membatasi kami ke arah itu. Memang ramai yang bagi cadangan buat itu ini, jumpa pakar, bidan sebagainya. Malah ada yang DM di twitter , instagram dan facebook. Mereka bagi tip, cadangkan tempat mana yang okey dan tak kurang juga yang suruh ambil produk itu ini yang kononnya boleh membantu kami.
“Tapi bila disuruh macam tu kita tak berapa nak yakin dan dalam masa yang sama tak sempat. Mungkin apa yang dicadangkan itu betul tetapi kita tak yakin takut kena tipu dan sebagainya,” jelas Izzue lagi.
Beliau ditemui dalam satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan selebriti anjuran Watie Collection baru-baru ini.
Ditanya sebagai suami cara dia menasihati isteri bila menyebut soal zuriat, jelas Izzue mereka sama-sama saling menasihati.
“Memang tak dinafikan, kalau bab anak isteri lebih tertekan berbanding lelaki. Namun, kami suami isteri lebih bersikap positif. Enam tahun kami berkahwin, macam-macam orang cakap tentang kami. Izue itu ini, Awin begitu begini, tapi kami anggap ini adalah rezeki. Mungkin belum rezeki kami untuk menimang cahaya mata.
“Kami positif dan walaupun orang cakap macam-macam kami okey sahaja. Yang penting, kami buat kerja sendiri dan tak peduli dengan kata-kata negatif dari netizen. Kami lebih suka dengar orang bagi pandangan dan nasihat. Daripada ambil port dan layan benda-benda tak berfaedah.
“Lagipun, kami sama-sama faham dengan kesibukan kerja dan tahu masa kami berdua begitu terhad. Jadi,sebolehnya kami akan ‘curi masa’ untuk berdua. Selain itu, kami juga menjaga bab pemakanan dan sebagainya. Malah, keluarga selalu nasihat kena jaga bab-bab makan dan jangan kerja terlalu berat.
Soal sambut raya rasanya tahun ini tak lama cuti. Awalnya nak seminggu cuti tapi nampak macam bakal dipendekkan, mungkin hanya 3-4 hari sahaja memandangkan sudah ada tawaran kerja.
“seperti yang saya katakan tadi, memang rezeki yang datang tu kita tak boleh nak tolak. Sementara orang nak bagi, kita ambil. Famili kami faham akan situasi kerja jadi tak ada sebarang masalah tentang itu,” ungkap Izzue lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di