Mengenali Ratu hati Tuanku Agong ini, pasti rakyat cukup familiar dan teruja apabila baginda sering kali berkongsi gambar dan video tentang aktiviti harian baik yang rasmi mahupun peribadi.
Aktiviti tersebut dikongsikan di laman Instagramnya setiap hari secara terbuka untuk tatapan rakyat jelata.
Terbaru, Tunku Azizah memuat naik gambar satu insiden kecederaan yang dialaminya baru-baru ini.
Dengan kapsyen yang ringkas namun perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Termasuklah foto kakinya yang tercedera, dengan kapsyen ringkas.
Ads
pagi tadi saya main golf, tak perasan lobang sprinkler dan sy jatuh/terseliuh kaki kiri saya ….. alhamdulillah hanya bengkak .. hari selasa sy akan buat MRI …. terima kasih kerana ramai yg mendoakan …..
Ads
” nak sangat jadi golf champion!!! ” … syukur ankle tak patah ….. hanya sakit bisa je !
Perkongsian itu mendapat reaksi rakyat sehingga ramai yang menitipkan doa dan mengharapkan supaya baginda Tunku Azizah agar diberikan kesembuhan dengan segera.
Setiap anak ada potensi diri. Jadi usah bandingkan anak dengan anak lain. Tentu kita ibu bapa pun tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Begitu juga anak-anak kita.
Perkongsian bapa ini, SyahrMusafir ada benarnya yang menjelaskan sebab anak-anak tidak sepatutnya dibandingkan.
“Anak kau tak puasa ke? Anak aku mula puasa masa umur 4 tahun, aku ajar dari awal. Sekarang umur 6 tahun, puasa penuh. Alhamdulillah… Rugilah anak kau umur dah 6 tahun belum puasa penuh. Nanti makin besar makin payah nak ajar…”
Bukan bab puasa saja, bab tahu ABC, membaca, mengira pun sama.
“Anak aku ada dua orang. Si abang tu aku mula hantar sekolah tadika masa umur 3 tahun setengah cam tu. Alhamdulillah umur 5 tahun dah boleh baca surat khabar dengan lancar. Tetapi si adiknya, aku hantar ke tadika pada umur yang sama macam si abang. Umur 4 tahun sekarang ni tapi ABC pun tak kenal lagi. Aku tengok anak kau umur 4 tahun dah lancar membaca. Hebatnya anak kau….”
“Anak kau dapat 6A dalam UPSR? Tahniah weiii. Anak aku dapat 4A je. Dua subjek lagi tak tahulah kenapa, dapat 1B dan 1C. Tak tahulah kenapa, sejak kecil umur 4 tahun pergi sekolah sama macam anak kau, pergi tuisyen pun sama macam anak kau, tapi anak aku tak cukup pandai macam anak kau…”
Itu bab akademik. Pernah dengar ibu bapa banding-bandingkan anak berdasarkan rupa paras?
“Dua orang anak aku, dari kecil, si kakak ikut kulit aku, putih. Yang adik ikut kulit ayahnya, gelap. Sebab tu jodoh si kakak ni cepat, nikah masa umur 25. Si adik ni lambat, ni umur 27 baru ada orang merisik…”
Alkisahnya…
Saya pernah dengar sendiri 4 situasi di atas. Saya yakin anda pernah alami juga. Atau sekurang-kurangnya pernah dengar.
Inilah realitinya, orang dewasa banding-membandingkan anak.
Cuba kita bayangkan kalau kita ubah situasi. Fikirkan bagaimana si anak-anak pula banding-membandingkan ibu bapa mereka.
“Ayah aku lembab sikit bab nak mengajar aku dan adik-beradik aku puasa. Umur 8 tahun baru ayah aku ajar aku puasa. Tu yang aku umur 10 tahun baru puasa penuh. Kau untunglah ada ayah yang efisien dan rajin. Umur 3 tahun dah belajar puasa, sekarang umur 10 tahun dah puasa penuh siap khatam qur’an lagi. Untunglah kau…”
“Ayah mak aku tak fikir jauh. Masih dok bawah tempurung. Orang lain hantar anak-anak ke tuisyen supaya boleh belajar lebih untuk jawab peperiksaan supaya dapat keputusan yang tinggi. Tapi mak ayah aku mana ada duit. Malas kerja belaka. Kalau mak ayah aku rajin dan dapat duit lebih, mestilah aku pun boleh pergi tuisyen macam kau pergi tu. Mesti aku pun boleh berjaya juga. Tapi itulah, mak ayah aku pemalas. Malas kerja, mana nak dapat duitnya…”
“Ayah mak aku, kedua-duanya kulit putih. Patutlah aku putih melepak. Ayah kau kulit hitam, mak kau pun hitam, jadilah kau hitam. Kesian kau…”
“Ayah aku ada PhD weiiii. Rajin belajar sampai PhD. Ayah kau ada apa? Setakat degree je. Malu la ada ayah camtu… Mesti ayah kau dulu SPM cukup-cukup makan je. Ayah aku cemerlang masa SPM, dapat biasiswa pergi luar negara, belajar sampai hujung dunia tu… Ayah kau mesti tak pandai macam ayah aku…”
Agak-agak, kita gembira kalau dengar anak-anak berbicara sebegini membanding-bandingkan kejayaan ibu bapa mereka dengan ibu bapa rakan-rakan?
Saya sebenarnya kesian bila tengok anak-anak seusia 4 hingga 7 tahun ini dibanding-bandingkan oleh ibu bapa sendiri. Anak jiran dah pandai baca buku ensiklopedia, anak kita eja ‘ibu’ pun jadi ‘abu.’ Anak kawan umur 4 tahun dah pandai tulis karangan 1000 patah perkataan, anak kita pegang pensel pun salah lagi. Anak saudara kita umur 5 tahun sudah tahu pakai mekap tebal tapi nampak natural macam Kate Middleton, anak kita umur 7 tahun sikat rambut pun malas.
Sebenarnya pada umur sebegini anak-anak perlu disuburkan dengan nilai-nilai kehidupan.
Contohnya keyakinan diri. Orang putih kata self-confidence. Bercakap dengan orang, bergaul, kita puji kebaikan yang anak-anak kita buat, berikan peluang mereka buat silap supaya kita boleh perbetulkan, bercakap depan orang (dalam kelas di tadika), dan pelbagai lagi.
Contoh seterusnya adalah akhlak dan moral. Berterima kasih apabila diberikan bantuan, meminta maaf apabila buat salah, senyum apabila bersua muka, hormat orang yang lebih tua, bersalam cium tangan atau tunduk hormat, hormat guru dan ibu bapa, luahkan rasa sayang pada ibu bapa dan adik-beradik, berpakaian bersih dan kemas, dan macam-macam lagi.
Contoh lain adalah kemahiran untuk surive dalam hidup. Seperti tahu harga wang dan bagaimana nak membeli dan buat bayaran, cara melintas jalan raya, jangan bercakap atau ikut orang yang tak dikenali, pupuk minat belajar seni mempertahankan diri seperti silat atau taekwondo, dan sebagainya.
Umur baru 5 tahun ibu bapa dah nak hantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh, tuisyen atau kelas peribadi berbayar yuran paling mahal dalam dunia pun tak apa, anak-anak masing-masing, bukan kita nak halang. Tetapi apa pun potensi atau pencapaian anak-anak seusia 3 hingga 7 tahun, usahlah dibanding-bandingkan dengan pencapaian kanak-kanak lain. Too early to say anything. Kesian si anak, asyik dibandingkan. Sedangkan kita sebagai ibu bapa tak suka orang bandingkan kita dengan ibu bapa lain.
Cool je, lakukan dengan slow and steady. Anak-anak kita bukan bahan eksperimen, anak-anak adalah mutiara kehidupan. Didik dengan aman, agar tumbesarannya menjadi manusia yang aman. Bukan carca-merba.
Anak-anak kita bukan bahan bandingan. Nak banding, banding supaya kita tahu apa nak dibuat supaya anak-anak berubah jadi lebih baik. Bukan membandingkan sebab nak jadikan modal bersembang dengan kawan atau lawan.
Ingatlah selalu, setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Jangan bebankan anak-anak seusia 3 hingga 7 tahun dengan perkara-perkara tak perlu sebegini. Jangan bebankan diri kita sebagai ibu bapa juga. Penat tau banding-membanding ni…. Anak itu anak kita, kan? Sayangi seadanya tanpa membanding-banding, kita pun akan lebih tenang jiwa.
Moga kita menjadi ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin ada yang tertanya barli ini bagus atau tidak jika diamalkan untuk tujuan penjagaan kesihatan selain dijadikan minuman untuk menghilangkan dahaga. Berkongsi fakta bersama Dr Hafiz Sulaiman ada menyebut barli bagus untuk orang diabetes atau yang ingin berdiet.
Pun begitu ujarnya mungkin tak sesuai untuk orang tengah teruk masalah angin, alahan dan autoimun. Ini kerana barli adalah makanan tinggi serat, jadi susah dihadam. Mungkin sebab itu indeks glisemik (GI) barli antara terendah 20+ saja.
GI barli lebih rendah dari nasi dan roti dan mee yang dalam lingkungan 50-80+
Kanji dalamnya susah serap jadi gula darah. Baguslah jika nak kurus dan nak kawal gula darah.
Bahkan orang tua kita dulu-dulu juga sudah menyedari betapa bagusnya barli ini hingga ada yang mengamalkan untuk melegakan masalah kencing kotor dan kencing tidak lawas. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Azrina Ien dan Putri Ayu Maisarah Maisarah di media sosial.
Semalam ada yang share buat air barli… Hari ni saya try buat… panas-panas ni rasa segar je dapat air barli homemade… air ni juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-bahan:
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
Cara Buat :
1. Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran.
2. Cuci bersih barli.
3. Masukan ke dalam periuk tambah air dan daun pandan.
4. Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis gula batu dann kundur. Siap untuk dihidang.
Selain itu, menurut perkongsian daripada Putri Ayu Maisarah Maisarah berkongsi petua dari arwah mamanya berkenaan mengamalkan minum air barli untuk tujuan mengubati penyakit dialami oleh mamanya.
Ujarnya, “Dulu arwah ada batu karang, sampai nak kena buat pembedahan. Batu dalam buah pinggang arwah.. dah membesar sampai 1point8.
“Syukur Alhamdulilah.. setelah Mama amalkan bali campur gula batu. Arwah tak jadi nak buat pembedahan.. Bila cek dengan doktor.. batu dalam buah pinggang mama dah hancur jadi pasir.
“Kena rajin amalkan untuk batu karang.
Bali dan gula batu. Minum tiap-tiap hari. Insyaallah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sesungguhnya dalam rezeki kita ada hak orang lain. Tak salah jika tak tawar menawar, bila kita mampu membeli barangan mewah.
Rencah kehidupan ada yang senang ada yang susah. Kisah yang dipaparkan oleh seorang guru ini, Mohd Fadli Salleh, moga menjadi ikhtibar buat kita bahawa kehidupan.
” Mak Cik, 2 ikat 3 riyal sudoh la,” kata Leman menawar harga 2 ikat kacang botol yang di jual seorang mak cik tua di kaki lima.
” Ambik lah awe 2 ikat 3 riyal pun,” jawab mak cik tua itu perlahan walau hati kurang rela.
Dia risau kalau dia berkeras juga hendak jual RM4 untuk dua ikat kacang botol tu, nanti Leman tak jadi beli. Macam mana dia nak beli beras untuk dibawa balik. Beras kat rumah sudah kehabisan.
Tawar menawar tetapi mampu beli barang mewah
” Jap, saya cari duit 5 sen. Rasanya ada ni,” kata Leman kepada cashier di butik Polo.
Baju Polo yang dia beli berharga RM295.95. Beli kat butik boh. Baru original. Kat butik mana boleh tawar walau 5 sen.
Sedangkan pemilik jenama Polo dan pemilik butik itu dah kaya yang amat. ‘Pitih dio liun-liun doh,’ kata ore Kelate.
Tapi makcik penjual kacang botol itu, tinggalnya di atas tanah orang. Anaknya ramai, suami pula belum pulang dari laut. Bergadai nyawa di lautan luas untuk menyara keluarga.
Tetapi begitulah tabiat orang kita. Menawar pada yang kurang memberi pada yang lebih.
Sepatutnya, kalau seikat kacang botol itu harganya RM2, kita beli dua ikat, kita bayarlah RM5 dan cakap,
” Mok cik. Tok payoh bui nyucur lah. Seriyal lagi tu ambo sedekoh.”
Takkan kaya kau simpan rm1 dalam poket. Dan takkan menjadikan kau lebih berharta kalau kau menawar pula harga kacang botol untuk dua ikat.
Namun, sedekah RM1 itu mampu memberi senyuman kepada orang tua itu. Mampu membahagiakan dia dan keluarga.
Dan dengan RM1 yang kau sedekah itu, pasti ada satu doa diutus untukmu dari penjual kacang botol di kaki lima.
Apakah mahal RM1 untuk satu senyuman dan satu doa ikhlas untuk kita? Fikirlah sendiri. Fikir dalam-dalam.
Ubahlah sikap suka menawar pada yang tiada. Sebaliknya, kita lebihkan untuk mereka. Marilah kita membudayakan amalan sedekah. Marilah.
Moga menjadi iktibar bersama bahawa setiap rezeke kita itu milik orang lain juga.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.