“Syukur Pendarahan Paru-Paru Dah Tak Ada.” Pilih Nama Muhammad Danial Firman Faizal, Abby Kongsi Situasi Positif Bayi

Share

Beberapa hari yang lalu, Abby Abadi dan suami menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka. Biarpun anak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami komplikasi, namun semalam pasangan ini mengumumkan tahap kesihatan Baby D semakin baik. Demikian juga dengan Abby Abadi yang semakin pulih.

 

Malah, Abby Abadi serta suaminya turut memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan bayi mereka yang baru sahaja dilahirkan selepas disahkan mengalami pendarahan dalam paru-paru. Semalam, pasangan ini turut berkongsi nama bayi mereka menerusi laman instagram.


Baby D dah ada nama. Muhammad Danial Firman Faizal membawa maksud yang sangat indah 🥰
.
Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat…Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur
.
Semalam Abah tak tulis apa2 pun sebab tak sihat, tiba2 demam
.
Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospital semalam….
.
Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang….abah dan mama rindukan Baby.


.
Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu…sempat berbual2 dengan Doc, Baby Danial ada peningkatan positif…pemdarahan paru2 pun dah tak de…syukur sgt2…Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial.


.
Malam ni, InsyaAllah abah datang jumpa Baby lagi ya…abah rindukan Baby Danial…Abah sayangkan Baby…
.
Moga Baby terus sihat, terus kuat….ramai yang tak sabar nak jumpa Baby…
.
Ya Allah..Kau yang lebih mengetahui…Kau yang lebih berkuasa dari segala2nya
.
Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, Kau berikan kesihatan tang terbaik untuk Baby Danial dan panjangkan umurnya

#muhammaddanialfirmanfaizal
PS: Rajin suami menulis skrg. Byk idea ye.. Alhamdullillah. Sy tumpang repoat jelah ye. Terus berusaha minta yg terbaik pada ALLAH utk Baby Danial ye. Tunggu kita rajin nnti kita cerita dari awal mcmana terpaksa melahirkan awal ye. Apapun, Syukur ALLAH masih panjangkan umur Sy.

Sumber: IG abby_abadi112 & jaiezzany

IKLAN