Tahan Sampai 3 Bulan, Ini Cara Betul Nak Simpan Kelapa Parut Elak Cepat Rosak

Share

Kelapa parut ni banyak kegunaannya. Selain digunakan untuk membuat kuih, ada sesetengah orang lebih menyukai rasa santan asli berbanding yang segera seperti yang dijual di kedai.

Malah, bukan mudah ye untuk dapat stok kelapa parut ini bagi yang duduk di bandar. Nak tak nak, bila jumpa tu kena la buat stok banyak-banyak. Bila nak guna nanti dah sedia ada kelapa tu! Betul tak?

Bercakap pasal buat stok, nk simpan kelapa parut ni kena ada caranya tau, bukan main simpan dalam peti je. Silap simpan, rosak jadinya! Nak tahu cara betul simpan kelapa parut? Jom semak di bawah ini.

Cara Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.

2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.

3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yg telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.

4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku.

5. Kukus semula bila hendak menggunakannya.

Cara ini boleh bantu kelapa parut tahan sehingga 2 @ 3 bulan.

Untuk mendapatkan santan yang pekat , kisar kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh kisar sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat.

Sumber : Ani Zam

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

IKLAN