Tahniah! Dynas Mokhtar Selamat Timang Cahayamata Lelaki

Share

Berita gembira buat pelakon Dynas Mokhtar  yang telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 17 Mei lalu.

Beliau telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya melalui muat naik gambar di instagram miliknya.

“Ketentuan Illahi… Alhamdulillah. MasyaAllah A baby boy for us. We are well. #170519 #LilP #Rikdy”tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat memberikan ucapan tahniah.

 

Terdahulu, Dynas atau nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah mempunyai dua orang anak iaitu Khyra Khalyssa, 8 dan Mohamed Haqaish, 6 tahun menerusi perkahwinan terdahulu.

IKLAN