Tahniah! Nabil Timang Cahayamata Perempuan Lagi

Share

Hari yanga menggembirakan buat pengacara program MeleTop Nabil Ahamd, apabila  isterinya Nazirah Ayub selamat melahirkan anak ketiga mereka yang juga merupakan anak perempuan.

Nabil turut menemani isterinya sepanjang proses pembedahan semalam di Hospital Thomson, Kota Damansara.

“Walaupun belum dikurniakan anak lelaki, ini rezeki yang tidak terhingga daripada Allah. Apa yang penting, isteri dan bayi ketiga kami dalam keadaan selamat serta sihat.”

Perancangan anak lelaki

Dalam pada itu, pasangan ini merancang ingin mempunyai cahayamata lelaki, namun perlu mendapatkan nasihat doktor agar menjarakkan kelahiran supaya isteri pulih sepenuhnya.

“Sebelum ini saya pernah cakap kepada isteri, kalau dapat anak lelaki dah boleh rehat dan ‘tutup kilang’. Nampaknya, Allah belum izinkan dan Dia mahu kami mencuba lagi,”

Terdahulu, pasangan romantik ini, dikurniakan dua anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 7, dan Leyla Medyna yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Harian Metro dan instagram nabilzira

IKLAN