“Tak Ada Lagi Tunggu Mummy Depan Pintu.” Didie Alias Kongsi Kesedihan Kucing Kesayangan Mati Buat Ramai Simpati!

Share

Pelakon dan pelawak terkenal, Didie Alias berkongsi kesedihan apabila kucing kesayangannya mati akibat sakit tua.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya.  Didie kelihatan sugul dan menangis teresak-esak apabila terpaksa berpisah nyawa dengan kucing kesayangannya yang diberi nama Baby.

“11 Jun 2021. Perjalanan terakhir buah hati mumy (mommy) dan keluarga. 12.37 tengah hari dia (Baby) tinggalkan kami satu keluarga.

“Kucing yang baik dan sangat manja untuk kami. Banyak kenangan dengan Baby,” tulisnya.

Menurut pelakon drama Cukup Derita Itu lagi, Baby dibela sejak 13 tahun lagi. Malah, kucing ini sangat seekor  setia dan akan selalu menunggunya di depan pintu rumah setiap hari.

“Tidak ada lagi yang tunggu mumy dan daddy (suami) dekat pintu bila kami balik kerja. Tak dapat nak mandikan Baby lagi.

“Tidak ada kawan lepak bila tengah buat kerja atau sedang baca skrip. Selama 13 tahun yang sangat indah buat mumy dan daddy. Sayang Baby sampai ke syurga,” luahnya.

Perkongsian Didie itu menarik perhatian ramai,  rata-rata memintanya  bersabar dengan kehilangsn tersebut.

Sumber: ladydidiemsia

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

IKLAN