Diakui penggunaan SMART TV memberi suatu pengalaman menarik ketika menonton. Tidak dengan itu, smart TV memiliki sistem-sistem tersendiri yang membolehkan kita dapat dengan mudah dihubungkan ke internet.

Namun tidak semua orang memiliki SMART TV namun tahukah anda bahawa anda tetap boleh menikmati keistimewaan seperti menonton SMART TV dengan cara yang dikongsikan oleh Mira Cikcit ini.

Menurutnya ada satu alatan yang digunakan untuk tujuan itu, dan boleh dibeli dengan harga yang mampu milik. Bahkan menurutnya, alatan tersebut pasti akan dibawa ketika bercuti, memandangkan ada sesetengah hotel masih menggunakan TV lama untuk kemudahan di bilik hotel.

Turut dikongsikan video berkenaan alatan tersebut di aplikasi tiktok untuk anda lebih faham apa yang dimaksudkan olehnya.

Ini perkongsiannya.

Aku rasa ramai dah tahu pasal benda ni, tapi aku nak share pengalaman aku sebagai pengguna stick ni dah lebih setahun.

Tujuan aku beli dulu sebab nak tukarkan TV lama jadi SMART TV, dan sekarang TV lama tu dah tak ada, tapi aku masih pakai Mi Stick ni pada TV baru juga.

@miracikcit Staycation Introvert camnilah! Binge watch tu pasti. #hoteltips #bingewatch #staycation #racunshopee #fypage ♬ Janji Manis – Masdo

Aku sengaja tak beli SMART TV, sebabnya Mi Stick ni masih elok dan aku dah terbiasa bawa dia kemana-mana.

Senang cerita, Mi Stick ni macam angkut TV sendiri sebab setting dalam tu semua sama je. Cumanya TV je berbeza.

Tak Ada SMART TV Tapi Nak Tengok Netflix Dekat TV. Ni Pilihan Terbaik Boleh Buat!

Aku dengan suami jenis yang akan binge watch drama kalau cuti. Jadi ada masa kitaorang suka check-in hotel untuk betul-betul rehat. Cumanya jadi tak best bila hotel masih pakai TV jenis lama, kalau SMART TV aku boleh je connect phone ke TV terus.

IKLAN

Tak Ada SMART TV Tapi Nak Tengok Netflix Dekat TV. Ni Pilihan Terbaik Boleh Buat!

Mi Stick ni hanya perlu cucuk HDMI dan USB je, lepas tu connect dengan WIFI dah boleh guna.

Dulu aku ingat nak beli SMART TV box, tapi ada yang kata kalau jenis box tak boleh connect dengan HOTSPOT. Sebabnya dekat rumah aku tak ada UNIFI, memang 100% pakai HOTSPOT.

Syukur betul aku buat pilihan tepat beli Mi Stick ni. Harga dia murah, boleh connect dengan HOTSPOT, kecil senang nak angkut dan tahan lama.

Tak Ada SMART TV Tapi Nak Tengok Netflix Dekat TV. Ni Pilihan Terbaik Boleh Buat!

Setakat ni tak pernah meragam lagi lah stick ni. Korang yang tak ada SMART TV lagi tapi nak tengok Netflix dekat TV, ini option bagus untuk korang. Aku sampai sekarang bergantung pada Mi Stick ni, memang berbaloi sangat beli.

Tak Ada SMART TV Tapi Nak Tengok Netflix Dekat TV. Ni Pilihan Terbaik Boleh Buat!

IKLAN

Kalau nak beli, pastikan ori tau.

Sumber : @miracikcit

Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Tak Ada SMART TV Tapi Nak Tengok Netflix Dekat TV. Ni Pilihan Terbaik Boleh Buat!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI