Tak Akan Terjadi Nasi Lemak Terlembik Atau Termentah Bila Guna Kira-kira Ni. Terus Masak Macam Pro!

Share

“Alahai, susah juga nak masak nasi lemak ni ye. Hari tu buat ok je, tapi kali ni terlembik pula. Lagi sedih kalau mentah, nak dimakan sakit perut pula nanti”

Senario sebegini tentu  ada antara kita laluinya, setiap kali menyediakan menu nasi lemak mesti tidak konsisten hasilnya. Ada masa elok terlerai nasi ditanak, dan ada ketikanya terlebih air dan menyebkan menjadi lembik dan tidak kurang juga termentah. Macam-macam hal lah.

tapi tahukan anada, sebenarnya menyediakan menu nasi lemak ini ada kira-kiranya, dan jika diikuti sukatan ini dengan tepat, pasti nasi lemak masak dengan sempurna dan enak rasanya.

Nak tahu apakah rahsianya itu, ini dikongsikan oleh Nurfatin Jamalullail untuk info bersama.

Dulu tak pandai masak Nasi lemak . Dia punya NASI . Tak pandai agak-agak…Masak nasi tapi lembik la mentah la 

Rupanya senang gila nak masak nasi lemak ni. 2 kali try memang jadi . Tu berani share
Tak ingat tengok tips dari mana. Alhamdulillah nasi dah jadi sebiji-biji tak melekat antara satu sama lain.

TIPS PENTING
3 pot beras + 4 pot air atau santan
( guna pot yang sama )

Contoh la nak masak 3 pot nasi

1. Basuh beras dan tapis


2. Potong bawang merah + bawang putih + halia
3. Masukkan beras + bawang + halia tadi . (Gaul dalam beras tadi )
4.simpul daun pandan
5. Ok masuk kan 2 pot air + 1 pot santan pekat + 1 pot santan cair ( KIRA TOTAL 4 pot air / santan ) Guna POT yang sama masa sukat beras.


6. Letak 3-5 sudu minyak masak selepas masuk air ( terpulang nk letak berapa pandai2 adjust )

7. Letak garam 1 sudu teh ( agak2 ) jangan masin sudah

8.Tekan cook  jangan lupa tekan kang tak masak nasi . Hahahaha

9.Dah masak nasi akan ada pati santan nanti ambil garpu gaul-gaul manja pastu tutup semula tudung periuk biar 5 minit boleh hidang la

 

Masa mendidih bau semerbak nasi .

Kalau 5 pot beras+ 6 pot air/santan
Matematik di situ

P/ s : saya guna santan kotak tadi

sumber : Nurfatin Jamalullail via MAHN

IKLAN