Seri Hayati dan suaminya Mohd Fakrul Khair Baharin, 41, mengusahakan gerai makanan di Hentian Rehat dan Rawat Pulau Indah, sebelum itu menerima tempahan menyediakan makanan anggota bomba yang terlibat dalam kerja memadam kebakaran sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Pulau Indah.

“Saya berada di rumah semasa menerima tempahan pada pukul 8 malam, saya dan suami hendak pergi menghantar pesanan makanan dan sebelum keluar, saya memeluk anak bongsu saya, Maya.

“Saya peluk dia dan cakap mama mintak maaf kerana tidak dapat jaga Maya demam, mama dengan ayah kena hantar makanan kepada bomba,”