“Tak Cukup Hari Lagi, Anak Abah Dah Keluar.” Isteri Bersalin Awal, DS Aliff Syukri Timang Anak Kelima

Share

Pasangan suami isteri, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid semalam menimang cahaya mata mereka yang kelima.

Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram itu bagaimana pun tidak didedahkan wajah untuk tatapan umum oleh pasangan tersebut.
Berita gembira tersebut dikongsi pasangan terbabit di laman Instagram masing-masing dengan memuat naik posting tanpa mendedahkan wajah cahaya mata kelima mereka itu.


Sebelum itu, DS Aliff turut berkongsi satu video ketika menemani isterinya yang bakal bersalin.

Mohon maaf sahabat gaduh,cinta,isteri tak sanggup tngok
Wife abang nampak happy tapi sebenarnya dia sedang menahan kesakitan yang lebih sakit daripada nak mati dan abg menyempat rakam utk youtube abg.. Sebenarnya wife abg akan beranak pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doctor cakap emergency kena branak hari ni..Jadi semua benda cancel demi menemani isteri yang akan bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat abang..


Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam labour room ni.. Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang semua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak memang….
Sebab tu hari ini abang nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, sayann saya
@shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya ..
Berbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. Hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. Tapi sy yakin yg terbaik utk awak dan awak terbaik utk sy sampai mati syg️
️ kalau tengok dugaan wanita yang ingin malahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee smua cakap isteri..

sbb tu abg x malu nak mintak maaf .. Abg harap kami punya jodoh panjang sampai ke mati…. sbb tak sanggup nak tngok dia sakit.. Doakan wife abg selamat dan mudah melahirkanya.. ni dah 8jam duduk sini.. dr pagi sampai petang..

IKLAN