Tak Guna Pisau Pun Boleh Keluarkan Isi Jangung. Hasilnya Lagi Elok Tak Pecah!

Share

Menyediakan bahan masakan juga perlu tahu skil dan tekniknya, barulah masakan yang disajikan bukan sahaja enak dimakan malah cantik dipandang. Tidak itu sahaja, malah tidak dinafikan dengan teknik yang betul akan membuatkan kerja-kerja penyediaan bahan masakan menjadi lebih mudah dan cepat.

 

Contohnya dalam hal pell off isi jagung.  Jika tidak tahu gayanya, isi jagung tidak terlerai cantik dan mungkin akan merosakkan bentuk biji jagung tersebut. Malah lagi merugikan jika banyak pula isi jagung terbuang dan ini menyebabkan pembaziran!

Jadi apa kata anda cuba teknik yang dikongsikan oleh Puan Amyliya ini, nampak begitu mudah dan sempurna tanpa merosakkan isi jagung setiap kali dilerai daripada tongkolnya.

Jom kita semak dan praktis cara yang digunakan oleh Puan Amyliya ini.


Hari ni saya nak share cara peel off jagung dari tongkolnya tanpa pisau @ peeler….jimat dan senang..

Boleh simpan dlm frezzer utk buat stock..bila2 masa nak guna just keluarkan dah boleh guna..saya mmg sentiasa simpan stock sbb anak2 suka mkn cekodok jagung..

Jagung ni boleh buat bubur, cekodok, jagung rebus dan lain2..

Mula bersihkan jagung..basuh bersih2..
Cara seterusnya sila lihat pd pic..

Note:-
Jagung yg baru petik masih lembut dan byk air..jd jika hendak peel off jagung tu kena simpan jagung dlm peti sejuk dlm bbrp hari spy jagung lebih keras & kurang moist…jadi nnt senang nak peel nnt…butir jagung tak pecah & tak berair..

Langakah-langkahnya

  1. Pegang hujung dan pangkal jagung dan patahkan…Saya tak dpt nk tunjuk sbb sebelah tgn pegang kamera..(hihihi…buat kerja seorg2)
    Cantikkan jagung ni..harga seketul baru 99sen beli kat Tesco seminggu yg lalu..seketul boleh dpt dalam 280gm butiran jagungnya..

2. Ni dah dipatahkan..tanpa pisau ye.

3. Kemudian dgn menggunakan hujung ibu jari bkn kuku ye…peelkan butiran jagung buat 3 @ 4 baris dahulu..
Mula2 nak start mmg payah sikit..lama2 nnt ok…janji jgn guna kuku ye..nnt butir jagung pecah..

4. Ok…ni cth 4 baris yg saya buat…jadi buat sampai hujung ye..

5. Ok..yg ni dah siap 4 baris tu..
6. Kemudian baris ke 5..peel butiran seperti dlm pic..spy kerja kita lebih cepat siap.. buat smpi habis…
7. Ok..ni yg dah siap..tgk bersih je kan tongkol tu kan…senang je.
8. Tgk butir2 jagung pn tak de yg pecah2 @ berair..cantik je kan…
So boleh le simpan dalam frezzer buat stock.
sumber : Amyliya Maz

 

IKLAN