Tak Jadi Hal Lah Memanggang Guna Arang. Sekajap Je Ada Bara Bila Buat Trik Mudah Ni!

Share

Tidak mudah sebenarnya buat yang kurang berpengalaman untuk menghidupkan bara api. Malah tidak dinafikan, jika berjaya sekali pun perlu memakan masa yang terlalu lama dan jika tidak sabar, bimbang juga usaha menghidupkan bara tidak berjaya.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada trik mudah yang boleh kita lakukan bagi mempercepatkan lagi usaha menghidupkan bara api dan sekali gus memudahkan proses  memasak hidangan yang dipanggang. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Che Norhayati Soib bilamana teringin makan talia bakar. Jom semak.

Akibat terlalu mengidam ikan talipia bakar..

En suami suruh bakar ikan kat luar guna set bbq…Saya tak pandai nak hidupkan api…Jadi saya punya idea..

Letak je charcoal dalam periuk atas dapur gas .
Lepas arang dah mula terbakar…tutup la dapur gas…Tak ambik masa lama pun…

Nak pindah kan arang ke tempat bakar lain pun ikut lah….

Wallaaa!!
Siap……berjaya!!
Hanya di Paris je tauu ..!!

sumber : Che Norhayati Soib via MAHN

IKLAN