“ Tak Kisah Nak Kahwin 10 Sekalipun Tapi Menceraikan Isteri Sarat Mengandung…”- Dr. Say

Share

Kontroversi yang melanda Da’i Farhan dan isterinya baru-baru ini mencetuskan reaksi dan pandangan dari pelbagai pihak. rata-rata melontarkan pendapat berkenaan keprihatinan terhadap isteri pendakwah berkenaan yang diceraikan ketika dalam keadaan hamil. Antara yang menyuarakan rasa tidak puas hati adalah Dr. Say Shazril.
Menurut pengacara bagi program Tanya Doktor Bersama Doktor Say itu, sikap pendakwah bebas itu seperti memalukan kaum lelaki dan suami, lebih-lebih lagi menceraikan isteri yang sedang sarat hamil.

“Topik : 18, 19, 3000? Hanya Dikau Dihatiku
“Pendapat saya mengenai kisah 18/ 19 ni? Memalukan kaum. Saya tak kisah nak berkahwin sepuluh sekalipun tapi menceraikan isteri while sarat mengandung adalah bacot bego bebal.
“Tak kisah lah aura kuat mane perempuan baru tu at least harungilah pregnancy tu bersama. Saya tak tahu cerita belakang-belakang tapi kalau isteri tu hangin ke, moody ke, tak nak disentuh ke tabah jela sebab bile perempuan mengandung hormon terumbang ambing maka hormatilah perubahan itu.
“Saya bukan nak cakap besar, mana tau nanti saya buat umrah mungkin saya terjumpa janda anak sepuluh ke tapi perasaan kasih sayang to be honest kita boleh KAWAL & we can say NO to it.


“Kalau terkulai kepada rasa/ hati/ nafsu at least COMMON SENSE ialah tidak menceraikan isteri yang sedang mengandung. Bini saya hari- hari bercerita kisah ni kat sini somehow saya tertriggered dengan ketidakmatangan actionnya,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dimuatnaik bersama sekeping gambar bersama isterinya di laman instagram miliknya. jelasnya lagi, apa yang diakukan itu adalah seorang yang mempunyai gelaran tertinggi dan dihormati.

Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu.
“Bukan ape kalau dia hanyalah orang biasa no hal tapi dia ada title yang somehow memberi persepsi kepada masyarakat yang its ok untuk berbuat sedemikian kepada isteri yang sedang mengandung & saya tau ni bukan kes pertama orang bertitle ni menceraikan isteri yang sedang pregnant.
“Saya tau bila kita geram dengan bini malam tu gak kita tekad nak cari lain tapi in the end kita jugak yang bakal jadi tak tentu arah tanpa mereka.
“Kalau benda boleh bawa bincang silalah berbincang dulu, kalau dah tak boleh bincang then carilah penyelesaian tapi mengakhirkan perkahwinan semasa isteri mengandung will forever be tindakan seorang bacot. Ape pndpt korang? Kate la ade yang sokong tindakan beliau? Open discussion yok,” katanya lagi.

Rata-rata bersetuju dengan pendapat Dr. Say dan berharap tidak ada lagi kes yang sama berlaku seperti itu.

sabarina.ahmad.94 Bagusnya doc memahami perasaan seorang isteri,semoga lelaki lain yg bergelar suami juga seperti doc

nadiahnorudin_drimej Agree! Part cerai isteri mengandung tu yang takleh terima. Dia confirmw tahu hukum cerai isteri time mengandung tu ape.

fulisiakantora Sangat betul, tapi cuma bila kita bincang hal poligami ni, kalau boleh kita pisahkan antara mengutuk pelaku poligami yang menzalimi isteri, dengan menolak hukum berpoligami, insyaAllah damai kita semua. Ramai yang terlepas pandang bab ini.😁

d.abukassim Hati kita ni Allah swt yang pegang…kemana direct hidup kita ni Allah swt da atur tapi Allah swt bagi kita akal fikiran dan kita sdr yang menilai baik buruk tindakan kita…kalau sekalipun hati berubah… Ehsan perlu ada… Kalau binatang pon sayangkan anaknya apatah lagi kita?

Sumber: IG say_shazril

IKLAN