Tak Lalu Nak Makan, Cuba Buat Bubur Ayam Chinese Style Pikat Selera Orang Sakit!

Share

Kebelakangan ni ramai yang sakit, dek kerana cuaca yang sekejap panas sekejap hujan dan pelbagai jenis punca. Jadinya bila dah sakit, selera nak makan pun akan kurang kerana tekak tak selesa. Tapi.. Nak tak nak kena makan juga untuk kuatkan antibodi badan lawan penyakit!

Bila dah sakit macam ni, menu yang paling mudah dan ideal untuk dimakan semestinya bubur. Selalu nak mudah beli je di luar, tapi seeloknya makan makanan yang dimasak sendiri lebih bagus.

Pasti ramai dah biasa buat bubur nasi kan, tapi apa salahnya kalau cuba masak bubur versi ini pula, Bubur Ayam Chinese Style. Sekali sekala tukar selera, confirm yang sakit tak lalu makan tadi tu makan menambah. Jom cuba!

CARA BUAT BUBUR AYAM CHINESE STYLE

Bahan-bahan:

Beras atau nasi (Dalam 1 pot besar)
Isi ayam
Halia 2 ibu jari
Carrot sebatang
Sesame oil
Lada sulah
Garam
Serbuk perasa
Bawang putih

Cara-cara:

1. Kisar nasi untuk hancurkan nasi tu. Masak nasi macam biasa. Masak dengan air yang banyak sampai jadi bubur.
2. Masukkan isi ayam atau ayam cincang ramli. Kemudian masukkan halia yang dipotong halus.
3. Seterusnya masukkan carrot yang dipotong dadu. Kacau rata semua bahan.
4. Bila dah hampir masak, boleh masukkan sedikit sesame oil dan lada sulah. Kalau budak nak makan, kurangkan lada sulah. Boleh tambah lada sulah kemudian dalam mangkuk jika suka lada sulah.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Tutup api dan siap.
6. Hidangkan bersama garnishing goreng garlic sama ada hancur atau slice.

Cara goreng garlic supaya cantik macam dalam gambar tu, panaskan minyak, masukkan garlic bila minyak dah panas. Kacau selalu. Bila dia dah mula keperangan, boleh tutup api. Warna dia lembut saja tau bukan macam dalam gambar.

Kemudian alihkan dalam mangkuk bersama minyak dia. Garlic akan jadi lebih perang sebab proses masak belum berhenti.

Hidang bersama daun bawang potong seperti dibawah.

Nampak sedap kan? Ibu-ibu bolehlah cuba buat nanti kalau ada anak-anak demam. Pasti mereka berselera!

Sumber : Chuya Shams

IKLAN