
Meskipun sudah menjangkau usia 56 tahun, namun wajah pelakon cantik yang sinonim dengan nama Lucy atau nama sebenarnya Angeline Tan Yoke Yeah tetap maintain awet muda.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik.
Biarpun sudah hampir tiga dekad sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berlalu, nama Lucy tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Cantik pada usianya, ayuh kita kenali Angeline Tan;
1. Merupakan anak sulung daripada tujuh beradik pada awalnya bekerja di sebuah syarikat produk kecantikan.
2. Angeline Tan mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
3. Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an.
4. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
5. Aktif berlakon dalam drama Melayu dan Mandarin, Angeline merupakan antara pelawak yang sering membuat kemunculan sebagai pelawak pentas di RTM.
6. Sitkom Melayu pertamanya berjudul Pak Din KK kemudian dalam ‘Cam Ni Cam Tu’ dan barulah dia sertai Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1993.
Memang terbukti wanita ini kekal cantik dan awet muda, seperti koleksi foto terkini Angeline Tan di akaun media sosialnya. Masih jelita!
Berikut komen warga maya;
“Tak kira umur berapa anda tetap cantik.”
“Beautiful, always with a lovely smile.”
“Looking gorgeous as always, keep it up girl.”
“Tak pernah tak lawa kak Lucy.”
“U are still 25 year’s… pi mai pi mai tang tu Lucy.”
Sumber: Instagram @angelinetanyy Via Sinarplus
Nak Beli Emas Kena Bayar ‘On The Spot’. Haram Bayar Ansuran, Mungkin Ada Yang Tak Tahu!

Semenjak dua menjak ini ramai juga yang bercadang memiliki emas sama ada sebagai pelaburan, simpanan atau pun untuk dipakai sebagai perhiasan diri. Apatah lagi dikatakan harga emas turun, namun tetap mahal juga harganya.
Jika ada lebihan wang, bolehlah memilikinya pun begitu jangan sampai membeli emas dengan cara berhutang dan membayarnya secara ansuran.
Kenapa dikatakan tidak boleh berhutang untuk membeli emas?
Ini dijelaskan secara detail berkenaan hukumnya dan bersamalah kita fahaminya untuk kebaikan bersama dan tidak terjerumus kepada melakukan perkara-perkara yang haram.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.

Ringkasan Jawapan
Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)

Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Wallahu a’lam.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
ARTIKEL MENARIK:“Personal Loan Ni Macam Virus..” – Pastikan Tahu Urus Duit Jika Tidak Boleh Muflis!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
PSRA Ibu Bapa Mula Sebak, Selawat Dan Doa Untuk 5 Hari, Bantu Anak Jawab Soalan Dengan Tenang

Minggu PSRA Ibu Bapa Mula Sebak, Selawat Dan Doa Ini Bantu Anak Jawab Soalan Dengan Tenang
Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2022 bermula hari ini sehingga jumaat (17 hingga 21 Oktober 2022) di Negeri Selangor. PSRA adalah penilaian Tahun 6 di sekolah yang di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Rata-rata wargamaya berkongsi luahan hati dan mendoakan semoga anak-anak dapat menjawab soalan dengan tenang. Bahkan ada yang berkongsi anak gelisah tidak dapat tidur, kata-kata semangat dan doa buat anak.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Justeru, ibu ayah berdoalah dan mintalah hajat kepada Allah SWT supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan-soalan peperiksaaan dengan tenang dan mendapat keputusan terbaik.
Buat ibu bapa, amalkan bacaaan doa dan selawat ini selama 5 hari ketika anak menghadapi peperiksaan PSRA sepanjang minggu ini.
Selain itu, boleh jadikan amalan setiap kali anak menghadapi ujian bulanan atau peperiksaan di sekolah mahupun universiti.
Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
Atikel popular: Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga
AMALKAN DOA DAN SELAMAT SELAMAT 5 HARI KETIKA ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
AMALAN 1
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah. Aku tiada daya 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam. Zikirlah. Bayangkan anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak-anak ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe. Ibu ayah kena istighfar sepanjang peperiksaan ini juga ya.
AMALAN 2
1. Surah Al-Fatihah – 7 kali
Surah Al Fatihah sememangnya terbukti mempunyai hikmah kelebihan, fadilat dan khasiat yang tersendiri dan sering diamalkan oleh mereka yang mendalaminya. Ia juga sering dibaca di dalam solat dan doa malah sering dibacakan setiap hari dalam kehidupan seharian ramai orang selain dijadikan penawar dan penyembuh berbagai jenis penyakit.
2. Subhanallah – 44 kali
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun
dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
3. Alhamdulillah – 44 kali
Seseorang hamba yang bersyukur kepada Allah maka Allah telah berjanji akan menambah rezekinya. Bersyukur disini juga boleh dilakukan dengan mengucapkan Alhamdulillah.
4. Allahuakbar – 44 kali
Firman Allah dalam surah surah al-Ra`d, ayat 28 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
5. Ya Hayyu Ya Qayyum – 21 kali
Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
Semoga amalan kita diterima Allah dan anak-anak berjaya dalam pelajaran.
JADUAL PEPERIKSAAN PSRA
ANTARA PERKONGSIAN DI MEDIA SOSIAL
Sumber: Nur Yursila Mat Rani Azura Mohamad , Kompleks Pendidikan Islam Bangi ( KPi Bangi ) Haslina Dermawan Abu Hassan Bin Maiden

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Hangpa Tak Layak Gelar Diri Mak Ayah…” – Gadis Dedah Penderaan oleh Ayah Tiri Di Instagram

Ibu bapa memain peranan bukan sahaja sebagai pencari nafkah malah sebagai pelindung juga. Malangnya, ada sesetengah anak yang tidak menerima kasih sayang orang tuanya. Berat hati mendengar apabila anak disakiti oleh mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Dahlia, 19, telah memuat naik beberapa hantaran yang mengejutkan. Dahlia memberitahu dunia bahawa dia adalah salah satu mangsa penderaan rumah tangga.
“Saya telah didera dengan teruk oleh ayah tiri saya semalam. Saya trauma. Dia cekik dan tampar saya. Kemudian, campak saya di lantai dan pijak kepala saya seperti bola. Dia juga tendang badan saya berulang kali. Dia pijak kepala Dahlia banyak kali sambil hentak-hentak guna kaki dia. Mata tu bengkak, lebam dan pecah darah sebab dia jijak guna tumit dia. Sangat kuat. Macam betul-betul nak bagi kepala pecah. Dia tarik rambut dan leher Dahlia. Dia terajang sampai terhantuk pintu. Dia tendang Dahlia sampai terkeluar pintu rumah dan termasuk ke bawah kereta. Dia dah angkat parang nak tetak tapi nasib baik jiran datang dan dia lari masuk rumah tutup pintu” jelas Dahlia.
Menurut The Star (2022), terdapat lebih daripada 600 kes penderaan rumah tangga setiap tahun dan lebih 1000 kes penderaan kanak-kanak tahun ini di Malaysia.
Dahlia juga memuat naik rakaman suaranya ketika berdepan dengan ayah tirinya di balai polis.
“Hangpa tak layak gelar diri mak ayah tahu tak?” luah mangsa tersebut.
Mujur, Dahlia dan ayah kandungnya telah membuat laporan polis di Parit Buntar, Perak. Ayah tiri serta ibunya akan disoal siasat oleh pihak berkenaan.
Mangsa tersebut telah juga memuat naik gambar keadaan mukanya selepas kejadian itu.
Semoga adik Dahlia mendapat keadilan yang patut diterima dan kami dari Keluarga doakan yang terbaik buat Dahlia. Semua orang boleh jadi ibu bapa tapi tidak semua yang layak. Kepada ibu bapa diluar sana, ingatlah, ibu bapa ibarat pelindung kepada anak-anak dan mereka sepatutnya sentiasa rasa selamat ketika bersama anda.
Terima Kasih.
Sumber: @d4hleea di Instagram