Tak Payah Bakar! Mudah Betul Nak Buat Biskut Nutella Pot, Sekelip Mata Dah Siap

Share

Kurang dari seminggu kita akan bertemu Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Waktu begini, selain daripada menambah ibadah untuk mengejar malam Lailatul Qadar, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menyediakan juadah raya yang bakal dihidangkan pada hari raya.

Terutamanya.. Apa lagi kalau bukan biskut raya! Waktu ni bagai rambang mata lihat pelbagai resepi mudah untuk diikuti yang boleh dibuat. Termasuklah biskut yang min nak kongsikan ni. Bukan takat mudah, bahan nak guna pun tak banyak! Tak percaya? Jom tengok di bawah ni!

Resipi Nutella Pot

Bahan-bahannya :- 

2 cawan nestum
1 cawan white chocolate Van Houten (cairkan)
nutella
kacang hazelnut (bakar/sangai)

Cara-caranya :-

1. Masukkan nestum yang telah disukat ke dalam bekas.

2. Masukkan coklat putih yang telah dicairkan ke dalam bekas nestum tadi.

3. Gaul rata dan kacau sebati adunan tersebut.

4. Lapikkan loyang dengan ‘baking paper’, kemudian sudukan adunan tersebut.

5. Tekan-tekan bahagian tengah dan ‘paipkan’ dengan nutella.

6. Akhir sekali, letakkan kacang hazelnut ditengah nutella dan biarkan ia sejuk (mengeras sendiri).

7. Dah siap, boleh susun simpan dalam bekas kedap udara.

Nak tonton video penuh? Tengok di bawah.

@moeirajohnson Biskut yg paling bnyk request… terimalah… Episode 3: No bake Nutela pods👩‍🍳✨🌙 2cawan nestom, 1cwn white chocolate, nutela & hazelnut secukupnya… #nobakecookies
#InspirasiRamadan #GayaRaya #BukaPuasa #nutellapod #biskutraya #raya2023 #syawal #kuihraya #nestumcookies #nestumchocolate #resepikuihraya #4ingredientsrecipe ♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Sumber : @moeirajohnson

IKLAN