Tak Perlu Beli Di Bazar, Ini Resipi Lemon Air Pudina Ais & Laici Asam Boi. Rasanya Fresh & Sedap Buat Anda Ketagih!

Share

Tahun ini buat pertama kalinya bagi umat Islam yang menyambut bulan ramadan dalam suasana penuh kesedihan. Apa yang pasti, tidak akan ada solat terawih seperti tahun-tahun sebelum ini memandangkan virus Covid-19 yang menyerang belum menampakkan akan hilang dalam masa terdekat ini.

Ynag pasti tempiasnya turut terkena pada semua. Selain solat terawih, bazar ramadan juga pastinya tidak boleh diadakan. Justeru, bagi anda yang rindukan suasana bazar atau membeli makanan dan minuman yang dijual apa kata cuba buat sendiri di rumah.

Salah satu air viral yang selalu menjadi perhatian di bazar adalah Air Balang

“Ais Lemon Pudina &Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi. Jom kita cuba buat sendiri nanti dengan resipi yang dikongsikan oleh puan Nur Hanisah Kamaluddin tahun lepas.

Asslamualaikum Selamat Tengahari.Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina &Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi” sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas at mahn dan sekali lagi saya share ye☺..Saya halalkan resepi saya ni yg tak seberapa.. Sesuai untuk jual di bazar😁Insyallah laku keras habis setiap hari😄 Yang pasti sedapp freshh,boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain😂

Sukatan untuk 1 Balang Air..

Daun pudina RM2.00

Lemon 4biji

Sunquick 100g

Serbuk Asam Knor 100g

Air Gula 1liter

Bahan saya guna ..freshhh sedapp😋.. Nak guna asam pilih yg jenis putih masin manis yg tu sedap

Cara²

1)Kisar 3Biji lemon dgn 2liter air,amik air sahaja hampas buang masuk dalm bekas air..Masukkan 1liter Air gula.

2)Sunquick Dan serbuk asam knor masukkan sekali 1liter air panas .Kacau² masukan dlm bekas air lemon tadi

3)Masukkan air batu ,pati air lemon, Masuk air masak agak2 jer ,1biji hiris lemon,daun pudina..Kacau² siappp untuk minum .

Nota!

¶Kalau nak buat banyak gandakan shja

¶kalau nak buat banyak pastikan kene tapis banyak 2@3 kali.

¶Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.

¶Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.

Tahun ni kami tak ada rezeki nak jual bazar.Doakan saya ada rezeki tahun akan datang ye 😊.. Selalu sy dn abg sy yg handle bazar ,tapi thun ni tak😢..Berkali² saya ajak dia suruh amik borang bazar Tapi cuma dia cakap “Tak Nak” 2 perkataan tu dia cakap,dlm hati saya sedih lah jgk hehe baru ku tahu kenapa😭.Allah lebih sayangkan kamu .Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya.. Al-Fatihah buat abang ku Mohammad Firdaus Bin kamaluddin Semoga kau tenang Disana Bersama Bidadari Syurga & Mak…Permergian kamu nak sambut puasa, Arwah mak nak sambut raya setelah 20thn yg lalu .Rindu tiada penhujung😢.Perkara yang sama berlaku cuma berbeza ..Al-Fatihah ..

Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan dan keluarga yg mengenali saya.Maafkan segala khilaf dan salah sepanjang perkenalan kita.. Semoga segala amal dan ibadah kita sepanjang Ramadhan diberkati dan di redhai oleh Allah swt… 😊

IKLAN