
Dalam kebanyakan rumah, waktu malam sering menjadi momen paling dinantikan selepas seharian penat bekerja, mengurus keluarga dan menyelesaikan rutin harian.
Selesai sahaja makan malam bersama, ketika inilah ruang tamu kembali ‘hidup’ apabila setiap ahli keluarga mula meluangkan masa bersama sambil menikmati hiburan kegemaran masing-masing.
Walaupun nampak sederhana, momen seperti inilah yang sebenarnya menjadi antara waktu paling bermakna untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga selepas sibuk dengan hal masing-masing sepanjang hari.
Cita Rasa Berbeza
Namun di sebalik suasana santai itu, ada satu situasi yang cukup biasa berlaku dalam kebanyakan isi rumah, perebutan alat kawalan jauh televisyen dek kemahuan masing-masing yang berbeza.
Anak-anak mahu menonton siri dan rancangan kegemaran mereka seperti The Super Mario Bros. Movie ataupun Swapped daripada Netflix , ibu pula tidak mahu terlepas drama Melayu seperti First Wives yang sedang hangat diperkatakan, manakala ayah setia menunggu siaran langsung perlawanan sukan pilihan seperti Formula 1, Premier League, perlawanan badminton BWF dan lain-lain.
Akhirnya, ada yang terpaksa mengalah atau bergilir-gilir menukar saluran sehingga pengalaman menonton terasa kurang selesa.
Hakikatnya, setiap ahli keluarga mempunyai cita rasa hiburan yang berbeza. Sukar untuk satu platform sahaja memenuhi kehendak semua orang dalam satu masa.
Disebabkan itu, semakin ramai kini mula mencari alternatif yang lebih praktikal sebagai satu penyelesaian hiburan yang mampu memenuhi keperluan seluruh isi rumah tanpa perlu berkompromi.
Pilihan Terbaik
Antara pilihan yang kini semakin mendapat perhatian ialah gabungan Astro One bersama Netflix dalam satu pakej lengkap. Menerusi kombinasi ini, setiap ahli keluarga boleh menikmati kandungan pilihan masing-masing dalam satu platform yang lebih mudah dan tersusun.
Anak-anak bebas menonton siri popular serta rancangan kegemaran mereka di Netflix, ibu pula boleh mengikuti drama Melayu dan program tempatan pilihan, sementara ayah yang suka kandungan sukan seperti Netflix’s Formula 1: Drive to Survive tidak lagi perlu terlepas aksi siaran langsung sukan yang dinanti-nantikan.
Lebih menarik, semuanya tersedia tanpa perlu bertukar-tukar platform atau mencari alternatif lain. Secara tidak langsung, suasana di rumah juga menjadi lebih harmoni apabila setiap orang dapat menikmati hiburan pilihan sendiri tanpa gangguan.
Apa yang menjadikan pakej ini lebih menarik, ia ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan. Satu pilihan yang bukan sahaja praktikal, malah cukup berbaloi untuk seisi keluarga.
Keselesaan Bersama
Kadang-kadang, perkara kecil seperti keselesaan ketika menikmati hiburan di rumah sebenarnya mampu memberi impak besar dalam kehidupan seharian.
Dan mungkin, inilah antara cara paling mudah untuk memastikan semua orang di rumah mendapat apa yang mereka mahukan tanpa perlu lagi berebut alat kawalan jauh.
Dapatkan Netflix bersama Astro One dengan 4 saluran Blockbuster percuma, hanya pada satu harga, daripada RM74.90/bulan. Layari astro.com.my sekarang untuk maklumat lanjut. Tertakluk Terma.