Tak Perlu Pening, Guna Roti Je Buat Pizza Boleh Jadi Bekal Untuk Anak Sekolah

Share

Bila anak-anak dah mula bersekolah ini, mesti ramai para ibu pening fikir menu yang mudah untuk dijadikan bekal kan? Mana tidaknya, seawal jam enam pagi perlu bertungkus-lumus menguruskan keluarga.

Di samping menguruskan anak ke sekolah, para ibu juga selalunya akan menyediakan sarapan pagi terlebih dahulu dan tidak lupa juga bekal untuk anak ke sekolah. Haaa kali ini tak perlu risau kerana resipi yang dikongsikan oleh sfs_kitchen sangatlah mudah dibuat.

Roti Pizza

Bahan-Bahan:

  1. Roti Gardenia
  2. Telur
  3. Sosej
  4. Isi ketam
  5. Cheese Mozzarella
  6. Sos Prego tradisional
  7. Serbuk daun Parsley
  8. Cili flakes

Cara-Cara: 

– Potong kecil roti Gardenia dan campurkan dengan telur.

– Masakkan di atas kuali panas dan letakkan topping seperti sos prego, sosek, isi ketam tadi.

– Tambahkan cheese Mozzarella, daun Parsley dan cili flakes dan siap.

Sumber: sfs_kitchen

IKLAN