Nasi ayam antara menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Baik dimasak di rumah mahupun beli di luar, rasanya lebih kurang sama saja.

Kalau nakkan kelainan, apa kata ibu-ibu cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Emma Zakaria ini.

Selain simple dan mudah disediakan, Nasi Ayam Thai ini juga tak perlu digoreng. Sebaliknya ia cuma perlu direbus dan dihidang lembut begitu. Sosnya juga cukup special, ada rasa Thai yang tersendiri. Lagipun, sesekali tukar selera best juga kan?

Jom kita tengok resepi Nasi Ayam Thai yang dikongsikan ini.


Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Tak Perlu Perap & Goreng, Resepi Nasi Ayam Thai Ini Cukup Simple. Jimat Masa Tapi Sedap!

Bahan-bahan

8 ketul ayam peha (Mana-mana bahagian ayam pun boleh pakai. Saya pakai ayam peha sebab anak suka peha)
2 batang akar daun sup @ akar ketumbar (ikut suka)
1 inci halia (hiris)
1 inci lengkuas (optional)
1 biji bawang merah
Beras (ikut banyak mana yang nak makan)
Air (agak-agak boleh buat untuk masak nasi dan sup sekaligus)
Garam
1 Kiub ayam
Sedikit marjerin

CARA MASAK AYAM

Tak Perlu Perap & Goreng, Resepi Nasi Ayam Thai Ini Cukup Simple. Jimat Masa Tapi Sedap!
1. Rebus akar daun sup, halia ,lengkuas dan bawang sampai mendidih.

2. Kemudian baru masukkan ayam sampai betul masak.

3. Bila ayam dah cukup masak, boleh asingkan ayamnya dalam sebuah bekas lain.

resepi nasi ayam thai

CARA MASAK NASI AYAM

Tak Perlu Perap & Goreng, Resepi Nasi Ayam Thai Ini Cukup Simple. Jimat Masa Tapi Sedap!
1. Basuh beras ikut banyak mana nak masak.

2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi, gunakan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Jangan lupa tinggalkan sedikit untuk buat sup nanti. (TIP: Paras air untuk nasi ayam kena lebihkan sedikit untuk dapatkan nasi yang lembut. Contohnya kalau nasi 2 pot, air 2 1/2 pot)

3. Letakkan sedikit marjerin (1 pot beras lebih kurang sesudu marjerin). Perasakan dengan garam secukup rasa.

Boleh tambah sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis. Menambah rasa sedap dan bau nasi pun sedap.

4. Masak nasi seperti biasa pakai dapur gas atau pakai rice cooker. Mana-mana pun boleh.

OK, ayam dan nasi dah settle. Sekarang kita buat kuah sup, kicap dan sosnya pula.

CARA BUAT SOSBahan-bahan

5 batang cili besar merah
4 batang cili api (kalau anak2 taknak pedas takyah letak cili api)
2 biji tomato
5 ulas bawang putih
3 sudu sos cili (nak lagi sedap guna sos cili Thai)
Gula (ikut manis)
Garam secubit
1/2 kiub ayam
Blender semua bahan di atas kemudian masak atas api sekejap sampai masak. Tabur sedikit daun sup.

CARA BUAT SUP
Ambil lebihan sup tadi cuma tambah garam atau perasa. Kalau nak lagi sedap dan wangi, perah limau sedikit letak dan taburkan daun sup/daun bawang.

CARA BUAT KUAH KICAP
Bahan-bahan

1/2 cawan air
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
Secubit kiub ayam.
Masak sekejap atas api, siap.

Tak Perlu Perap & Goreng, Resepi Nasi Ayam Thai Ini Cukup Simple. Jimat Masa Tapi Sedap!

ULAM-ULAMAN
Ulaman ikut suka yang mana stok ada di rumah. Biasanya guna timun, salad, dan tomato. Hiris dan hidang bersama nasi dan kuah sup, kicap dan sos.

resepi nasi ayam thai

JIMAT MASA & TETAP SEDAP!
Wah, dah siap pun nasi ayam Thai kita. Mudah kan? Sekali jalan je semuanya.

Tak Perlu Perap & Goreng, Resepi Nasi Ayam Thai Ini Cukup Simple. Jimat Masa Tapi Sedap!

Resepi ni sangat jimat masa sebab tak perlu perap ayam tak perlu goreng ayam. Sup pun tak perlu letak rempah. Walaupun simple, rasanya tetap sedap dan rasa ayam pun lebih fresh. Tak payah guna minyak, jadi memang sihat dan sesuai sangat bagi yang nak diet tu.

Bagi yang nak cuba sedikit kelainan, bolehlah save resepi nasi ayam Thai yang mudah dan lazat ini. Rugi tak cuba tau!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI