Tak Perlu Tunggu Duit Banyak Untuk Bahagia. Suami Ni Kongsi Pengalaman!

Share

Mengimbau saat memulakan hidup berumah tangga, perkara biasa ramai antara kita pernah melalui fasa kehidupan yang bukan terus hidup senang seperti hari Ini.

Pun begitu, rasa bahagia dan ingin membahagiakan keluarga tetap dapat dikecapi walau  sumber kewangan terhad.

Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang suami bernama Mohd Yazid Ismail.

Ini perkongsiannya.

Gambar tahun 2009. Masa ni kami menyewa sebahagian rumah orang, kena masuk ikut tangga belakang rumah. Sewa bahagian di tingkat atas je.

Alhamdulillah boleh berteduh. Tak mampu nak sewa rumah yang lebih sempurna.

Masa nak meraikan birthday Bashir yang pertama, tapi kami tak mampu buat majlis macam orang lain. Duit untuk beli 1 kek pun kena kira betul-betul.

Saya korbankan sedikit bajet untuk beli kek. Alasan sebab nak ambil gambar sebagai kenangan. Alasan ni sedikit menyusahkan diri sebenarnya, kalau tak ada duit tak perlu la beli kek kan, tak perlu ikut trend. Tapi saya tetap beli, saya nak isteri dan anak gembira, jadikan kenangan.

Selepas lama berlalu…
Gambar ni betul-betul menjadi kenangan yang besar bagi saya. Bila tengok gambar ni, saya menangis terkenang kisah lama.

 

Dalam gambar ni Widyana Ali tetap senyum gembira walaupun hidup kami susah. Dia sentiasa bersabar tanpa mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan suaminya.

Alhamdulillah hidup sangat bahagia walaupun banyak kekurangan.

Dia sangat gembira dan teruja sebab saya belikan kek ni. Sampai sekarang dia ingat.

Kadang-kadang benda kecil dan murah macam ni jangan kita sebagai suami abaikan, ia memberi kenangan yang tak ternilai satu hari nanti. Terutamanya bagi orang perempuan.

Tak perlu tunggu ada duit banyak untuk bahagia. Orang yang tinggal bawah jambatan pun boleh bahagia. Yang penting, suami isteri sama-sama menghargai pasangan. Mencintai tanpa syarat. Menyayangi tanpa prasangka. Dua-dua sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.

Sumber :Mohd Yazid Ismail

IKLAN