“Tak Puas Berbakti Pada abah. Syukri Banyak Dosa Dengan Abah.” Bapa DS Aliff Syukri Meninggal Dunia.

Share

Semalam dia masih sempat melemparkan senyuman buat si anak tersayang yang datang melawatnya. Namun siapa sangka itulah senyuman terakhir yang mampu diberikan. Beberapa jam kemudian, dia dijemput pulang ke negara abadi buat selama-lamanya.

Salam takziah buat Dato’ Seri Aliff Syukri dan keluarga  atas kepulangan ayah tersayang kerahmatullah. Beliau sebelum itu ada memuat naik dan berkongsi satu video mengenai bapanya yang dikatakan sakit jantung tahap 3 dan juga paru-paru berair lalu dimasukkan ke hospital.

Meminta orang ramai mendoakan supaya ayahnya kembali sihat, namun ketentuan Tuhan tak siapa mampu menduga.

Tidak berapa lama kemudian, setiausaha Dato Seri Aliff memuat naik  berita mengenai kembalinya ayah Pengasas produk D’Herbs kerahmatullah.

“Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha @muhdiqbalsanikepada Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato Sri telah pun kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Marilah kita mendoakan arwah di tempat kan di kalangan orang orang yg beriman.. segala jadual bisnes atau apa sahaja boleh berurusan dengan saya.

Sebelum itu, arwah dikatakan mengadu sesak nafas dan dibawa ke hospital akibat serangan jantung stage 3.

Salam takziah dari pihak Majalah Keluarga buat Dato’ Seri Aliff Syukri dan keluarga. Semoga roh ayah Dato Seri dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris

IKLAN