Tak Sangka Anak Pandai Berlakon Watak Sedih, Wawa Zainal Pun ‘Feeling’ Menangis.

Share

Setiap anak pasti memiliki berbagai jenis potensi diri. Ada anak yang pandai melukis, bijak mengira, aktif sukan dan pandai berlakon.

Sebagaimana anak pasangan pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafrel, tidak menghalang jika anaknya meminati dunia seni.

Wawa yang merupakan ibu kepada empat orang anak, tidak menyangka anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa mampu melakonkan babak sedih dengan baik.

Request Air Mata Terus Keluar.

Nyata, ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Wawa menerusi perkongsian video di Instagramnya berkongsi bebarapa sedutan babak lakonan anaknya. Lebih membuatkan dia teruja apabila anaknya berjaya melakonkan watak seorang sedang menangis dengan mudah.

 

“Ya Allah tak sangka @haylaadzkiya power betul belakon air mata ek. request air mata zass terus keluar.. crew2 ckp macam ada suis 😂 satu hari nanti kau akan terkenal satu bukit bintang dik🤣korang nak tengok lakonan hayla tak? nantikan drama hari raya hayla nanti.mak dia pun feeling tau nangis.”

 

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja melihat lakonan anaknya yang baru berusia enam tahun. Ramai yang menyatakan tidak sabar untuk melihat video itu. Ada juga berpendapat, Hayla mewarisi bakat lakonan daripada ibu bapanya.

 

Sumber: w4w4_zainal

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz

IKLAN