“Tak sangka Boleh Buat sendiri sorang-Sorang. Struggle Juga dulu,” Penat Yang Membahagiakan, Netizen Puji Rita Rudaini Ibu Tabah & Kuat. Salute!

Share

Membesarkan anak-anak sendirian tanpa kehadiran insan bernama suami di sisi bukanlah sesutau yang mudah. Perit mata memandang, perit lagi bahu yang memikul.

Apatahlagi dengan pandangan serong sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda atau ibu tunggal. Namun selebriti bernama Rita Rudaini tidak punya masa untuk meratap malah dia bangkit dan berjuang demi anak-anaknya.

Nyata dia berjaya mendidik dan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan baik malah dua hero kesayangan yang juga buah hati pengarang jantungnya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Anaknya Airit Rayyan Rizqin 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7. Kedua-dua mereka cukup sayang dan rapat dengan mommynya ini.

Menerusi instagramnya baru-baru ini, Rita memuat naik satu gambar bersama anak-anak sambil mengimbau kenangan ketika membesarkan mereka.

“Tak sangka…boleh buat sendiri sorang2…Struggle gak dulu,dua2 masih kecik berebut nk dukung walaupon ada stroller…pastu bila mlm,budak2 dah tido,baru mommy lps nangis sorg2 sbb penat…

“Cakap dalam hati ‘cpt la besar,cpt la berjln,mommy xlarat sorg2’ …bila teringat smua tu mcm rasa nk ulang balik zaman dorg kecik..rindu nak dukung dorang pulak,” tulisnya dikapsyen.

Perkongsian tersebut turut mendapat respond dari pengikutnya yang mengaguminya selain turut berkongsi pengalaman mereka.

nur_atikah_87 ?? betul bila ank kcik nk cpt besar bilah dh besar rindunya zaman dy kcik2 ???

catrionabrianross Mu adalah amazing. Tu je. Lots of love ❤️

mandalicious_official I adore u kak??

dilahayalim Alhamdulillah dpt bertahan sorang2..moga jumpa jodoh yg baik2,aminn?

atiey_zainal Such a strong woman

siti_naimah_Kami dlm fasa hampa lani @ritrud727 .. arghh mlm ngs letih sgt2 Allah ja tau. Cepat la fasa ni berlalu, takut putus asa.. ?

ayana_daniyal Kan…anak2 cepat besar… mmg penat struggle sendiri…tp bila diorg besar rindu masa kecik2 dulu walaupun hari2 ibu menangis penat…

miza.yusof Super women, super mom dan strong mother ???

nolizahmoslim Alhamdulillah…anda seorang wanita yang tabah…Allah sentiasa bersama2 anda aamin

schamarisyha Betul sis… Sye pn ibu tunggal.. Mse ank kcik ble time ank mrgam@sket ke.. Sye cbe jdi kuat.. Tpi ble mlm ank tdo.. Sye mngis puas2.. Skrng ank sye dh 11thn..xsgka dlm nagis n tawa sye.. Sye dpt jgk mbsr kn dia… Xmudh jdi ibu tunggal..tpi sllu pesan pde ati.. Allah tau kte mampu.. Sbb tu Allah pilih kte… ???
Sumber: IG ritrud727

 

 

IKLAN