“Tak Sangka Rezeki Ni Yang Sampai.” Jemputan Percutian Mewah Bersama Tan Sri Vincent, Hairul Anggap Rezeki Anak-Anak.

Share

Kisah keluarga ini sering mencuri perhatian wargamaya. Terdahulu, percutian pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama anak-anak ke Pualau Redang mengunakan perkhidmaran menaiki helikopter meriah perhatian wargamaya.

Pada masa yang sama dipelawa pula menaiki kapal mewah daripada individu yang terkaya di Malaysia itu iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Terbaru keluarga bahagia ini, sekali lagi mendapat pelawaan pergi bercuti daripada pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Berhad itu dengan menaiki kapal terbang mewah.

Menerusi laman sosial Instagram, Aktor Hairul Azreen berkongsi perasaan teruja bercuti bersama isterinya Hanis Zalikha serta dua orang anaknya, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah. Serta menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki buat kedua-dua anaknya.

“Bila Tan Sri call (hubungi) saya, tak sangka rezeki ini yang nak sampai. Permulaan yang baik tahun 2022. Rezeki anak-anak.”

“Perjalanan menjangkaui imaginasi. Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini.”

 

 

 

 

 

 

Meninjau diruangan komen, para netizen dan rakan selebriti teruja dengan percutian mewah pasangan suami isteri tersebut.

Sumber: hairulazreen dan haniszalikha

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

IKLAN