Tak Sangka! Walaupun Bajet Ciput Tapi Dapat Buat Sendiri Cermin Mekap Berlampu Sama Seperti Di Kedai Perabot

Share

Bagi kaum wanita, cermin mekap adalah sangat penting untuk mereka berhias. Jika sebelum ini, kita hanya melihat cermin mekap berlampu hanya digunakan sewaktu fotografi di studio namun kini anda boleh milikinya sendiri dan diletakkan di bilik tidur.

Namun harganya melebihi RM50 dan saiznya sudahpun ditetapkan. Bagi anda yang sudah memiliki meja hias dan hanya mahu menambah lampu sahaja, anda boleh membuatnya sendiri,

Di laman sosial, seorang wanita bernama Puan E’zzati Zainol telah berkongsi cara terperinci untuk menghasilkan cermin mekap berlampu atau vanity mirror dengan kos yang paling bajet. 

Bahan yang digunakan memang mudah nak dapat. Hasilnya pula sangat cantik, siap ada lampu lagi!

Hanya 4 bahan utama yang diperlukan :

BAHAN-BAHAN

  • Kotak terpakai
  • Wallpaper
  • Fairy lights
  • Bola ping pong

Lampu ini memang ada dijual macam ni dah siap dengan bateri. Boleh dapatkan di Kaison.

CARA-CARA

1. Buat Rangka & Balutkan Dengan Wallpaper

Pertama sekali, potongkan kotak ikut ukuran cermin yang kita ada.

Kemudian, gamkan dan balut dengan wallpaper pilihan anda.

2. Tebuk Lubang Pada Kotak

Bila dah siap balut, tebukkan lubang di sekelilingnya dengan menggunakan pensel. Anggarkan jarak mengikut besar bola ping pong.

(Yang ini saya buat contoh je, jadi sebab tu tak balut dengan wallpaper.)

3. Masukkan Lampu

Seterusnya, masukkan lampu di bahagian belakang kotak tadi.

4. Tebuk Bola Ping Pong

Kemudian, tebuk bola ping pong dan masukkan lampu tadi ke dalam bola pingpong.

Kalau rasa tak cukup terang, boleh masukkan lagi banyak lampu ke dalam bola ping pong. Kalau nak lagi terang, guna bulb LED.

Bila dah OK, boleh gamkan supaya lebih kukuh.

5. Siap

Tada… Dah siap rupanya. Mudah kan?

 

Kalau tutup lampu, beginilah rupanya.

JIMAT TAPI TETAP CANTIK

Kalau nak beli satu set yang siap, mestilah berkali ganda lebih mahal. Bolehlah DIY sendiri, sekadar buat suka-suka saja. Walaupun DIY, ianya tetap cantik dipandang, praktikal, dan ekslusif. Yang penting, ia memang menjimatkan poket anda.

Jadi, tunggu apa lagi. Jom jadikan cermin berlampu ini sebagai projek hujung minggu anda!

Sumber: Puan E’zzati Zainol

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN