Bab hutang ni tak ramai yang nak ungkapkan cerita apatah lagi mengaku. Kita sendiri rasa tak sedap hati bila berhutang dengan seseorang. Rasa gelisah nak cari jalan untuk bayar balik duit yang bukan milik kita.

Benda yang paling menakutkan, bila kita tak sempat nak bayar hutang, tapi dah ‘pergi’ dahulu menghadap Illahi. Padahal hutang benda yang paling utama untuk kita selesaikan.

Tapi bila kita dah meninggal dunia dan tak smepat nak uruskan hutang, siapa yang bertanggungjawab untuk langsaikan hutang tu? Jom ikuti jawapan dari Ustaz Azhar Idrus.

Tak Sempat Bayar Hutang, Nyawa ‘Ditarik’ Dulu. Siapa Nak Langsaikan? Ustaz Azhar Ada Jawapannya!

WARIS BAYAR HUTANG MAYAT

SOALAN :

Jika seorang itu meninggal dunia dan dia ada hutang dengan seseorang siapakah yang wajib bayar hutangnya?

JAWAPAN :

IKLAN

Apabila ada bagi mayat itu hutang maka hendaklah dibayar hutang tersebut dari harta yang ditinggalkannya sekali pun waris tidak bersetuju kerana waris tidak ada hak ke atas harta melainkan setelah dijelaskan segala hutang mayat.

Tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis :

(مسألة): مات شخص وعليه دين وخلف مالاً قدر الدين أو أكثر لا تبرأ ذمته حتى يؤدي عنه
غاية تلخيص المراد / 219

Artinya : “Masalah. Telah mati seseorang dan atasnya ada berhutang dan meningggalkan akan harta kadar membayar hutang atau lebih banyak tiadalah terlepas dari tanggungannya sampailah dibayar daripadanya.” (Kitab Ghayatul Talkhis)

Yakni apabila digunakan harta peninggalannya itu buat membayarkan hutang tersebut maka terlepas mayat itu dari hutangnya.

IKLAN

Dan berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

إن قسمة المواريث كلها بين الورثة مقدم عليه أولا إيفاء الديون المتعلقة بالتركة، وتنفيذ الوصايا
التفسير المنير للزحيلي (4/ 276(

Artinya : “Sungguhnya pembahagian segala harta pesaka sekeliannya antara segala waris didulukan atasnya pada permulaan oleh menunaikan segala hutang yang bergantung dengan harta peninggalan dan diluluskan segala wasiatnya.” (Kitab Tafsir Al-Munir)

Maksudnya hendaklah diselesaikan dulu hutang mayat dan segala wasiat jika ada sebelum dibahagikan antara segala warisnya.

Al-Imam Al-Qurtubi berkata :

IKLAN

وبالاجماع لو مات ميت وعليه دين لم يجب على وليه قضاؤه من ماله، فان تطوع بذلك تأدى الدين عنه.

Artinya : “Dan dengan ijmak jikalau mati seseorang dan atasnya ada hutang nescaya tidak wajib atas walinya menunaikannya dari hartanya. Maka jika sukarela membayar oleh wali dengan demikian itu nescaya telah terbayar hutang itu daripada mayat.” (Jami’ Li Ahkam Al-Quran)

Tak Sempat Bayar Hutang, Nyawa ‘Ditarik’ Dulu. Siapa Nak Langsaikan? Ustaz Azhar Ada Jawapannya!

Walhasil bila mayat ada meninggalkan hutang dan harta maka wajib dibayar hutang tersebut menggunakan harta mayat bukan harta waris atau orang lain.

Waris disunatkan membayar hutang mayat andainya mayat tidak meninggalkan harta yang cukup buat membayar hutang supaya lepaslah mayat itu dari berhutang.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Sumber : Ustaz Azhar Idrus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI