Tak Sia-Sia Usaha keras, Daiyan Trisha Beli Rumah Landed Impian

Share

Baru-baru ini seorang Penyanyi dan Pelakon, Daiyan Trish, 29, telah memuatnaik postingnya yang dia membeli rumah landed dua tingkat yang tersergam indah. Dimaklumkan, rumah ini merupakan rumah kedua beliau. Rumah yang pertama beliau rumah jenis Apartment.

“Terima kasih Ya Allah, cinta hatiku, Kau sangat baik terhadapku. Menjadikan semua impianku nyata.”

Demikian nukilan penyanyi dan juga pelakon Daiyan Trisha bagi menggambarkan betapa rasa syukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan Tuhan buatnya sehingga mampu membeli sebuah kediaman mewah landed (bertanah).

Beliau juga turut memuatnaik video yang merakamkan pandangan orang ramai sekiranya masuk kerumahnya.

Ikuti kami di Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk

fuhh dengan rekaannya yang cukup moden itu memang rumah idaman bagi setiap orang lah!

Meninjau kepada ruangan komen, rakan artis tidak ketinggalan untuk turut mengucapkan tahniah kepada Daiyan. Namun ada satu komen yang begitu menarik perhatian min adalah komen dari Zizan Razak. menyempat saja dia try ya hahah

Namun komen Zizan itu hanyalah gurauan semata-mata.

seumber : instagram Daiyan Trisha

 

IKLAN