“Takdir Allah Itu Indah & Hidup Saya Sudah lengkap.” Aliff Syukri Throwback Waktu Nikah Sempena Ulang Tahun Perkahwinannya Ke-11!

Share

Melihat dari sisi seorang ahli perniagaan, penulis cukup kagum dengan perkembangan bisnes yang diusahakannya di bawah jenama D’Herbs. Biar kata-kata sini, kejian dan umpatan diterima, namun Dato’ Seri  Aliff tidak mengambil hati jauh sekali ‘down’ dengan hal tersebut.

Sempena ulang tahun perkahwinannya ke-11 baru-baru ini, Dato’ Seri Aliff Syukri ada buat throwback waktu nikahnya bersama Datin Seri Shahida.

Dalam perkongsian tersebut, Dato’ Seri Aliff mengakui hidupnya kini sudah lengkap dan sempurna dengan hadirnya wanita bernama Shahida.


bobo malu lah tngok vedio lama..thanks sangat pada yg wish kat komen dan pm happy anyversery?? 10 ogos tarikh azimat kami.. waktu ni sy umur 20tahun dan wife sy 22tahun lain tak masa ni sy??
.
ini lah kehidupan yg sy cari selama ini… benda yg paling mahal adalah benda yg tak boleh dibeli dgn wang ringgit iaitu mencintai seseorg bkn sbb wang ringgit semata2 ..dan menerima kelemahan kita… Alhamdulilah bukan mudah untuk temui seorang wanita yg bole menerima kekurangan dan sifat kita yg tidak sempurna, susah dan senang bersama, sentiasa memberikan sokongan emosi untuk diri dan anak-anak. Takdir Allah itu indah hidup saya kini lebih lengkap dgn kehadiran seorang wanita bernama @shahidadherbs

 .. i love u syg smpai ke syurga… kalau korang nak tngok full vedio perkahwinan saya.. siapa nak sambungan vedio ni??
oh abg kosmetik 3 dah bermula hny di youtube…
.

Sebelum itu, Dato’ Aliff Syukri ada berkongsi gambar perkahwinan beliau yang telah berlangsung pada 11 tahun lepas di Kampung Pandan.

Perkongsian gambar tersebut menarik perhatian sebanyak hampir lebih 125,000 likes dan lebih daripada 1,000 komen daripada peminat dan netizen. Malah ada yang meminta dato’ Seri Aliff bersanding semula dengan isterinya.

cloverush.perak.akhmarDato @aliffsyukriterlajaklaris buatla majlis bersanding semulaa dengan datin sempena annibersery ke.. mesti gempakk gilaaa ???

ainasyuhadaaaSemoga sentiasa dipermudahkan segala urusan. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah swt. Amin ya allah. Cantiknya datin shahida ?✨

zakihassan789datok buat sandeng semula mesti meletopppp

rynizzBuat majlis kahwin semula… anniversary

ab_rashid94suami idaman stiap wnita dato..moga brkekalan hngga ke hri tua

zaleha_yemSama cantik dan comel ahalamdulah bahagia hingga sekarang ….hingga akhir hayat amin???

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris

IKLAN