Jika dahulu, ramai yang memilih untuk menyimpan ahli keluarga mereka yang ‘istimewa’ dalam rumah dan seboleh-bolehnya enggan membawa keluar. Selain rasa malu, segelintirnya risau berlaku benda-benda tidak diingini yang akhirnya akan menyusahkan sesiapa.

Namun dalam dunia maya masa kini, tanpa perlu berjumpa di luar, di dalam sosial media sahaja kita dapat belajar dan mengenali tentang kanak-kanak atau golongan istimewa ini. Terutamanya bagi sesiapa yang mengikuti wanita ini di Tiktok yang bernama Nelysa Norazlan, cara dia memberikan layanan kepada adiknya cukup membuka mata ramai mengenai penghargaan terhadap golongan OKU.

Lebih mesra dengan panggilan Nely, baru-baru ini dia membawa adik lelakinya yang mesra digelar dengan nama Akif ke sebuah kedai, dan secara tiba-tiba pampers adiknya penuh dan terkencing di dalam sebuah premis baru.

“Takkan Nak Kurung Adik?” – Adik Istimewa Terkencing Kat Kedai Orang, Kakak Bidas Komen Negatif Netizen

IKLAN

Dalam keadaan barang yang belum habis dikemas, bagaimanapun tuan kedai langsung tidak marah dan begitu memahami insiden berkenaan. Meminta maaf berulang kali, Nelysa juga tidak menunggu lama dan terus membersihkan semula lantai yang sudah terkena kotoran air kecil Akif.

@nelysa_norazlan Dia boleh kencing dekat kedai kak ita pulak 😭 Lepastu auto rajin susun stock @OkayaMalaysia_hq ♬ Si Gendut – Agus Gobang

Tatkala ramai yang memberikan pujian terhadap kesabaran Nelysa, ada pula sebuah komen negatif mempertikai tindakannya membawa Akif berjalan ke tempat awam. Tenang menepis stigma “orang OKU patutnya duduk rumah saja”, dia percaya pendedahan terhadap dunia luar juga penting untuk insan seperti adiknya.

IKLAN

Hal seperti terkencing adalah lumrah biasa dan tidak sedikit pun wanita ini merasa susah untuk menguruskan remaja berusia 18 tahun itu.

@nelysa_norazlan Replying to @itzhakim_rosli ♬ original sound – Nelysa Norazlan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji dengan sifat Nely yang sabar menjaga adik istimewanya itu. Malah, ada yang bersependapat dengannya tentang membawa keluar golongan istimewa seperti manusia biasa.

IKLAN

“Takkan Nak Kurung Adik?” – Adik Istimewa Terkencing Kat Kedai Orang, Kakak Bidas Komen Negatif Netizen “Takkan Nak Kurung Adik?” – Adik Istimewa Terkencing Kat Kedai Orang, Kakak Bidas Komen Negatif Netizen

Terdahulu, Nelysa juga pernah berkongsi Akif mengalami sejenis sindrom dinamakan sebagai ‘cri du chat’. Difahamkan juga, sindrom ini ada kaitan dengan isu kelainan genetik kerana bayi yang dilahirkan dengan kondisi berkenaan mengalami kehilangan kromoson nombor 5 daripada tubuh badan mereka.

Sumber : @nelysa_norazlan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI