Terkini! Ini Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Bagi Sesi 2020 Bermula 24 Jun.

Share

Terkini mengenai status persekolahan anak-anak. Hari ini, iaitu 24 Jun 2020 sesi persekolah telah dibuka yang melibatkan pelajar dari Tingkatan 5 dan 6.

Pada masa yang sama, semalam (Selasa), Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.

Sehubungan itu, ibu ayah kena alert mengenai takwim baharu ini. Rujuk pindaan seperti berikut.

PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2020
Ini bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan dari segi penjadualan dan pembelajaran pelajar sekolah. Melalui pindaan ini, ia melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2. Ia melibatkan cuti persekolahan dikurangkan dari sembilan kepada lima hari bagi sekolah yang berada dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Secara keseluruhan sesi persekolah tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari.

 

JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

Rujuk jadual ini untuk mengetahui lebih lanjut Pindaan Penggal Persekolahan sesi 2020.

Kumpulan A:  Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu

Kumpulan B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Sumber: Bernama TV

 

IKLAN