Tanam Kacang Panjang Guna Pasu, 2 Bulan Dah Boleh Tuai Hasil. Pantang Tak Nak Rosak, Jangan Kena Tanah!

Share

Banyak manfaatnya kalau kita berbakti kepada tanah. Salah satunya dapat jimatkan duit dapur, tak payah nak beli sayur. Bukan tu je dapat sayur yang segar dan bebas bahan kimia.

Seperti yang dikongsikan oleh puan Zura Rahman Novelis ini yang tanam kacang panjang menggunakan pasu di rumahya.

Pokok kacang panjang ni ramai yang tanya, dapat benih kat mana….

Saya beli dari mardi.
So far tak pernah jumpa di kedai2. So…benih ni sangat berharga😅.

Special breed katanya. Tested.
Pokok tak menjalar. So sangat sesuai untuk yang tinggal di tempat yang takde tanah. Tanam dalam pasu.

Cuma…pantang larang dia – jangan tanam atas tanah sebab bila kacang ni mula memanjang, bila ia sentuh tanah, ia akan rosak.


First time saya tanam atas tanah. Banyak yang rosak. Ni second time tanam dalam pasu. Tapi ada juga yang rosak bila cecah tanah. Kena letak tempat tinggi.

Sekejap je tanam, dapat hasil. Dalam 2 bulan macam tu.
Tanam macam tanam sayur lain juga.rendam biji benih. Then baru tanam. Saya terus tanam dalam bekas besar sebab saya tak pandai pakai tapak semaian kecil. Anak pokok tak boleh survive lama dalam tu. Dah buang pun tapak semaian 🤭. This style, better.

Rasa dia memang sedap. Dah makan yang ni, tak mau dah beli kacang kat kedai🤣. Free iklan untuk mardi😁.

#kacangpanjangrenek

Nak barang dapur yang super murah ? Meh tengok kat sini

IKLAN