Peribahasa ‘Berbudi kepada tanah, lambat-laun mendapat hasilnya’ mempunyai makna yang mendalam bagi sesiapa yang rajin bercucuk tanam kerana ia mampu memberi pulangan yang lumayan.

Umpamanya berita yang dikongsikan di Utusan Malaysia, siapa sangka dengan hanya menanam pokok keladi di halaman rumah sahaja, seorang pesara tentera meraih pendapatan lumayan hingga lima angka dengan mengusahakan tanaman keladi viral daripada pelbagai spesies.

Malah menurut Ramlah Siraj, 47, dia mampu meraih pendapatan sehingga lima angka setiap bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lepas.

“Saya akui permintaan pokok keladi ini menjadi-jadi sejak PKP mungkin kerana orang menghabiskan banyak masa di rumah dan menghias rumah dengan pokok keladi ini menjadi hobi mereka,” katanya ketika ditemui di nurseri pokok keladinya, di sini semalam.

Ada 500 Keladi daripada 100 spesies

Ramlah yang mengusahakan tanaman keladi itu bersama suaminya, Mohd. Radzuan Yunan, 49, yang juga pesara tentera berkata, untuk mendalami teknik penanaman dan penjagaan pokok keladi itu mereka pernah mengambil kursus berkaitan di sebuah nurseri dekat Padang Besar, Perlis.

“Dua tahun lepas kami berdua ambil kursus ini. Untuk mengusahakan tanaman keladi memang memerlukan ilmu walaupun saya suka berkebun di rumah sejak dulu lagi,” katanya.

Keladi Buruan Ramai 

Wanita ini memberitahu, terdapat lebih 500 pokok keladi daripada 100 spesies di nurserinya itu termasuk yang tular dan menjadi buruan ketika ini.

“Pemburu keladi viral sukakan yang paling sukar ditemui dan paling unik dari segi bentuk daun dan warnanya.

“Contoh yang jadi rebutan sekarang ialah Florida Beauty, Monstera, Alocasia, Calocasia Pharaoh Mask atau Topeng Firaun,” katanya.

Tanam Keladi Di Laman Rumah Je Pun Boleh Dapat Ribuan Ringgit. Wanita Ni Kongsi Cerita, Jadikan Inspirasi!
Ramlah Siraj menunjukkan sebahagian tanaman keladi di halaman rumahnya

Ramlah juga mengakui bahawa dia mampu menjual pokok keladi daripada spesies tersebut daripada harga RM1,000 sehingga RM7,000.

“Florida Beauty mempunyai bentuk helaian daun dan warna yang unik. Pokok ini dijual pada harga RM1,700 bagi sehelai daunnya.

IKLAN

“Begitu juga dengan Topeng Firaun yang mempunyai bentuk dan warna daun yang unik,” jelasnya.

Katanya, daripada ilmu yang dipelajari itu mereka turut menanam pokok keladi yang dikacuk untuk mendapatkan keunikannya.

“Tanaman ini ada yang saya peroleh daripada nurseri lain dan ada juga yang kami tanam sendiri,” katanya.

Menurutnya selain mencantikkan hiasan dalaman rumah, tanaman keladi juga memberi pengudaraan dalam rumah yang baik.

“Saya menjual tanaman ini melalui ejen-ejen saya sahaja memudahkan saya menguruskan tanaman di nurseri,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia 

ARTIKEL MENARIK:“Niat Asal Cuma Cuci Mata, ‘End Up’ Ada Juga Beli Barang Tak Perlu…” -Elak Boros Begini Boleh Buat!

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Tanam Keladi Di Laman Rumah Je Pun Boleh Dapat Ribuan Ringgit. Wanita Ni Kongsi Cerita, Jadikan Inspirasi!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tanam Keladi Di Laman Rumah Je Pun Boleh Dapat Ribuan Ringgit. Wanita Ni Kongsi Cerita, Jadikan Inspirasi!

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI