Menanam pokok kesum kadang-kadang menimbulkan masalah di hati ibu-ibu yang suka berkebun di laman rumah untuk memenuhi aktiviti di hujung minggu. Apatah lagi setiap kali dicuba untuk menanam kesum, tiap kali itu juga gagal.
Kalau hidup pun tidak segar bugar. Bila tengok orang lain tanam kesum, bukan main lebat dan menghijau daunnya. Ini memang menimbulkan perasaan geram yang tiada penghujung.
Untuk itu, jangan dipendam perasaan geram terlalu lama. Ayuh ikuti perkongsian daripada Wan Mohd Naziran di page Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri tentang cara untuk menanam daun kesum yang dipraktikkan mengikut petua menanam kesum oleh Cikgu Nur Kama . Apa yang pasti, ibu-ibu akan dapat lihat semaian kesum hidup subur selepas 13 jam.
Ads
Ini perkongsiannya
Ads
Petua Menanam
——————
1. Cari bekas yg boleh menakung air..apa2 bekas pun boleh
2. Isi tanah separuh penuh
3. Penuhkan bekas dgn air…kalau guna air paip pastikan biar selama 24 jam sebelum semai kesum
4. Ambil bahagian pucuk kesum dgn 5 6 helai daun…top part of the plant
5. Cucuk kesum tu ke tanah sampai tenggelam semua melainkan pucuknya
6. Pembajaan dibuat setiap 2 minggu…guna apa2 baja pun…larutkan dlm air
Ads
Semaian kesum hidup subur selepas 13 jam ditanam
Mula semai petang semalam dalam pukul 5pmJam 10pm…5 jam selepas semaianJam 8am….13 jam selepas semaian
sumber : Wan Mohd Naziran Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mee Champa mungkin bukanlah menu asing dikalangan peminat makanan berasaskan mee, apatah lagi menu mee champa yang berasal daripada negara Kemboja ini ramai mengakui memang enak dimakan.
Kuah supnya terasa sedikit masam dan ditambah pula dengan cili pedas berapi menjadi satu keunikan rasa yang digemari ramai.
Jika sebelum ini anda biasa menikmati hidangan ini di kedai makan, apa kata anda mencuba sendiri untuk menyediakannya dengan mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali ini.
Menariknya tentang resipi yang dikongsikan ini pernah menjadi viral apabila ramai teruja mencuba dan berkongsi resipi tersebut di media sosial. Jadi buat anda yang belum lagi mencubanya, bolehlah menyediakan menu istimewa ini untuk keluarga tercinta.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
RESEPI MEE CHAMPA
BAHAN KUAH
1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
caranya
caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi…kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
2.Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih.
3.Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..
time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 dan segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..
SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
caranya
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api …
AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu
## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi
Menghadapi tempoh akhir zaman, kita sebenarnya kena buka mata dan muhasabah diri kita sendiri untuk jadi insan yang lebih baik. Sebagai mak ayah lagilah kita kena berperanan lebih kuat untuk pastikan anak-anak jadi insan berguna.
Bekalkan anak-anak dengan Al Quran. Itu dah jadi satu kewajipan buat kita sebagai mak ayah. Bagi diri kita sendiri, kita kena cari masa untuk cuba bertafakur setiap hari. Lima perkara yang dinyatakan Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv ini patut kita amalkan.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apbila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri , kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang. Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab.
Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia. Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan.
Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah. Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
3. Surah At Dhuhan –Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah –Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar –Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun-Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas –Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq –Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berikutan pengumuman semua kegiatan ekonomi telah boleh beroperasi, tidak dinafikan kita sebagai pengguna terasa teruja untuk melakukan aktiviti membeli belah bersama keluarga setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian. Pun begitu, perlu diingat jangan pula berbelanja hingga boros.
Oleh itu, untuk mengelakkan berlaku sedemikian jom baca perkongsian daripada Saudara Zulhusni Aimi Johari untuk panduan bersama.
TIPS ELAK BOROS!
Mall dah buka. Gian pula rasa nak jalan jalan cuci mata. Pengalaman sebelum Pkp, niat asal cuma cuci mata, end up ada juga beli barang tak perlu. Jom Abamjoi nak share tips untuk elak dari keborosan!
1. Buat bajet bulanan. Usaha untuk belanja dalam bajet dan elak kan belanja berlebihan lagi lagi online shopping!
2. Sediakan list barang keperluan setiap kali korang nak bershopping di pasar raya. Beli hanya yang dalam list dan kuatkan hati dari godaan promosi barang barang lain yang tidak perlu.
3. Had kan diri dari ke pasar raya semata nak window shopping sebab kebiasaannya, akan terbelanja lah jua walaupun pada asalnya sekadar nak ‘tengok tengok’ saja.
4. Elakkan dari skim bayaran ansuran mudah sebab sedarlah, selepas je korang dah sain kontrak hutang tu, tiba tiba korang akan rasa nak bayar ansuran bulanan skim tadi menjadi tidak lah mudah. Bimbang terculas bayar, terjebak pula dengan perangkap interest!
5. ‘Curi’ duit sendiri dan simpan ikut warna!. Setiap kali korang berbelanja, nampak je warna hijau terus ‘curi’ dan letak dalam tabung hijau korang. Perlahan lahan upgrade pula color oren dan sebagainya.
6. Tekad kan dan pasang niat kat pintu masuk pasar raya dan bacalah Bismillah. Semoga kita masuk dan berbelanja dengan sebaiknya dan bukan keluar dengan penyesalan terlebih belanja perkara tak perlu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520