Tanam Pokok Bunga Tahi Ayam Jika Mahu Halau Nyamuk Aedes. Serius Patut Cuba Jika Mahu Elak Demam Denggi!

Share

Peningkatan kes denggi cukup membimbangkan, malah penyakit ini juga mampu membawa kepada kematian terutamanya jika mengalami demam denggi berdarah.

Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes.

Oleh yang demikian, pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah penularan wabak ini.Jabatan Kesihatan Pahang mengenal pasti dua tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penularan wabak denggi.

Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman tumbuhan itu ialah pokok jeremin yang juga disebut sebagai pokok halau nyamuk atau jari lima serta pokok lantana camara atau lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam.

Beliau berkata, dua tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan rumah dan bukan sahaja berfungsi sebagai penghalau nyamuk, tetapi juga sesuai dijadikan pokok hiasan.

Norol Azali berharap penduduk dapat mengambil inisiatif menanam tumbuhan itu di kawasan perumahan mereka, memandangkan benih tumbuhan tersebut mudah diperoleh dan tumbuhannya tidak rumit untuk dijaga. Ini adalah inisiatif yang boleh dilakukan penduduk untuk sama-sama mengambil bahagian dalam mencegah demam denggi selain menyertai aktiviti gotong-royong,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

IKLAN